Wednesday, October 26, 2011

Pertemuan yang tak menjadi

Jenguk sebentar ke sini.  Dalam keadaan otak yang serabut dan semak,ditambah dengan badan yang penat.  Tetapi emosi yang masih belum tenang menyebabkan aku sukar untuk lelap. Sesungguhnya hidup ini amat menuntut kesabaran. Dan itulah yang perlu dan sedang aku lakukan. Apabila aku amat mengharapkan sebuah pertemuan namun pertemuan yang telah dijanjikan itu akhirnya tidak menjadi. Dalam erti kata yang lain janji telah dimungkiri. Oh betapa kecewanya...ya amat kecewa kerana demi pertemuan yang penting itu aku sanggup menunggu dan berkorban. Berkorban apa? Berkorban menunggu lah, berkorban menghirup udara di Bangi dengan penuh kebosanan demi sebuah pertemuan. Sedangkan aku boleh pulang pada hari Sabtu itu dan menjenguk emak dan adik-adik di Kemaman.


Bila pertemuan yang penting itu tidak menjadi, hidupku bertambah gerhana. Perasaanku dihurung kesedihan. Apa ya yang korang sedang fikirkan??? Ni bukan pertemuan seperti yang anda semua fikirkan. Ni sebenarnya pertemuan dengan supervisorku! Pertemuan yang belum terjadi ini menyebabkan aku runsing sebab ini sudah minggu ke-7, sedangkan proposal , tajuk entah ke mana lagi. Oh supervisor yang amat sibuk tak kasihan kah anda dengan student-student anda yang dok menanti anda macam buah yang tak gugur.

Dunia aku  sebagai pelajar tidak sama seperti zaman mengambil sarjana muda dulu. Namanya sarjana muda, masa tu masih muda lagi , duduk di kampus jadi boleh la mengejar dan menunggu lecturer berjam-jam lamanya di depan pejabat. Tak jadi hal masa tu. Tapi sekarang aku yang dah berkeluarga ni, duduk pula amat jauh dari kampus, masa yang aku ada hanyalah Jumaat dan Sabtu. Aku sanggup menunggu hingga hari Isnin apabila dia bersetuju untuk berjumpa pada hari tersebut. Aku nekad untuk berjumpa nak berbincang tentang propsal ku in. Tup, tup pada pagi Isnin yang permai jam 10 pg mesej diterima menyatakan perjumpaan itu dibatalkan dan datang berjumpa dengannya pada keesokan harinya pukul 3 ptg. Wah..wah..macam la aku ni doraemon yang ada magik boleh datang ke Bangi tu sekelip mata. Jadi aku yang dah berkampung di Bangi tu sejak Jumaat lagi, dan anak aku dah merengek-rengek kebosanan akhirnya mengambil keputusan balik.  Lantaklah..aku mengambil keputusan menghantar proposal itu ke pejabatnya dan memaklumkannya melalui sms. Bengang usah dikira lah.

Rupanya keputusan aku terus pulang tanpa menunggu lagi adalah satu keputusan yang tepat , kerana keesokan harinya aku menerima sms dari rakan yang memaklumkan bahawa mereka masih tidak berjumpa dengan supervisor tersebut walaupun dah menunggu lama. Oh kalaulah aku menunggu hingga hari Selasa dan penantian berakhir sia-sia aja macam gitu pastinya aku akan menangis berlagu-lagu........huhuuuuuu....

1 comment:

ummu said...

salam kak nura
ya Allah,sabar je lah.nape yer supervisor tu tak bagitau awal2?erm,masa saya belajar dulu, asrama saya satu blok dgn pelajar master dan phd.ada juga terserempak dgn pelajar tersebut duk menunggu supervisor yg tak kunjung tiba.
cabaran dan dugaan kan kak