Rindunya mahu menulis setiap hari di sini, namun apakan daya masa seperti mencemburui diriku ini. Chewahhh...padahal setiap hari melepak depan tv dok menonton drama Korea. Sebenarnya kronologi aktiviti hidup semenjak dua menjak ini amat padat. Akhir tahun lepas adik lelakiku Ali menikah (nikah gantung). Pergilah rombongan che kiah ni ke Setiu Terengganu menyunting anak dara di sana. Raya Tahun Baru Cina baru-baru ni (24hb Jan 2012) sekali lagi rombongan ke Setiu lagi kali ni urusan kenduri kendara belah perempuan pulak (lepas dua bulan menikah). Empat hari selepas itu kenduri di rumah kami pulak di Kemaman. Sebelum majlis pernikahan tu , aku sebenarnya baru balik dari Songkhla (17-20 Jan). Penat tak terhingga. Hurmm moral of the story....korang jangan lah nikah-nikah gantung ni , terus nikah buat kenduri tak payah 2/3/4 kali kerja. Bagi yang di luar sana hapy selalu, jangan tension, senyum sokmo.
No comments:
Post a Comment