Thursday, February 6, 2014
Rasa hati
Lama tidak ke sini. Seperti hilang waktu dan ruang untuk mencoret walau pun sebaris. Sebenarnya bukan masa yang mencemburui, bukan masa yang tidak singgah namun segalanya seperti hilang dan hambar menyebabkan tiada perasaan dan jiwa ingin mencoret sesuatu. Walau banyak sungguh yang sepatutnya dilorek dan dicatat untuk melepas apa yang terpendam. Benarlah hidup ini tiada satu pun kepuasan yang hakiki kerana sesuatu yang kita miliki itu bukanlah milik mutlak kita. Segala apa yang kita ada, segala apa yang kita kecap bukan milik kita kerana segala yang di langit dan di bumi milik Yang Maha Esa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment