Friday, June 20, 2014

Nak bomoh......

Berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam pelajar kadang-kadang sebagai cikgu kita tidak terfikir yang pelajar-pelajar ini mempunyai tanggapan yang amat buruk terhadap cikgunya sendiri.  Kadang-kadang aku pun tak faham budak-budak sekarang ni, kenapa mereka datang ke sekolah setiap hari tetapi suka ponteng kelas, tidur semasa guru mengajar, tidak fokus dan macam-macam lagi la kesalahan yang diorang buat.

Budak-budak sekarang ni amat daring. Contohnya satu kelas ni. Aku pernah menjadi guru subjek mereka pada tahun lepas. Hoho...ni kelas hujung sekali. Memang nightmare sangat. Nak habiskan setahun tu rasa macam 10 tahun. Tiap kali masuk ke kelas tu aku akan buat promosi supaya mereka menyambung pelajaran ke kolej vokasional. Pada pandangan aku budak-budak tu memang tidak minat untuk belajar. Angkat tangan nak menulis pun malas. Cam ner tu. So diorang ni memang patut buat kemahiran. Tapi entah la, promosi aku kurang menarik kot.  Muka-muka diorang masih wujud pada tahun ini. Hehe...nasib baik tak mengajar diorang tahun ni. Kalau tak ada juga aku kena makan ubat penenang.

Jadi bila berhadapan dengan mereka ni di kaki lima kelas, kantin, library atau terserempak di mana-mana kawasan sekolah aku memang buat tak tahu jer. Tak tahu la muka aku ni nampak sombong ke atau diorang ni memang dah anti dengan aku ni. Tiap kali lalu depan kelas diorang akan berbisik-bisik dan gelak-gelak. Mengata atau mengutuk aku ke...lantak korang la. 

Tapi satu hari bila aku dan guru kelas mereka lalu di kaki lima lorong PPda ternampak mereka lepak-lepak lalu kami ni suruh la diorang naik ke kelas sebab memang waktu belajar pun masa tu. Seronok dok melepak macam tokey balak yang baru dapat duit.  Diorang ni bila dah ditegur bergerak la tapi tiba-tiba keluar satu suara " Zainura bajet, zainura bajet....". Eeeeeee.....aku memang kenal sangat budak yang mengejek nama aku tu. Aku nampak kecik jer budak tu. Dah macam pisang yang nak kena lenyek buat cekodok pisang. Hish geram betul...kalau adik aku dah lama dah...kena . Tapi sabar banyak-banyak. Malas nak ambik pot. Kang tak pasal-pasal esok keluar muka aku di Sinar Harian atau Harian Metro ..Seorang guru perempuan bergaduh dengan pelajar.

Itu aku tak kisah la . Budak tu nak panggil aku bajet. Haha...yang paling tak boleh blah..bila seorang cikgu ni berdekah-dekah bercerita yang pelajar kelas itu  dah gunting gambar aku dan dua orang cikgu lain (yang mereka anti sangat kot) dari majalah sekolah. Mengikut cerita cikgu tu .."Kak Zai diorang kata nak bawa gambar ko, kak R dan Cikgu R ni ke bomoh. Nak bomohkan korang bertiga. Lepas tu nak tanam korang bertiga dalam satu lubang".  Hahahaha...............gelak jer la yang boleh. Itu la budak-budak ni entah apa ntah ada dalam kepala diorang. Cikgu yang pernah mengajar, bagi ilmu bagai,perkara macam tu  yang dia fikir nak buat.  Entah la cicak............

Itu la kan, siapa  kata kerja cikgu tu senang. Benda-benda macam ni kita sebagai guru terpaksa hadapinya. Tapi sebagai cikgu memang tak boleh nak melenting marah. Kita kena sabar banyak. Takkan nak bergaduh dengan budak umur 16 tahun pulak.  Berdoa jer la agar mereka ni diberi petunjuk dan hidayah. Anggap jer la mereka ni tak matang dalam proses membesar dan menjadi dewasa. Geram memang la geram. Nak hilangkan geram ambik pisang , lenyek dan buat la cekodok. 

Hurmmm...ni sekadar coretan untuk dijadikan kenangan. In Sya Allah moga mereka ini semuanya menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. 


Thursday, June 5, 2014

Kita kan kaya..

Selama ini aku ingatkan anak aku sorang tu faham siapa ibu bapanya ini.  Latar belakang kami, kehidupan kami yang lalu rasanya semua dah diceritakan.  Namun sangkaan ku meleset sama sekali.  Tatkala sedang berbuka puasa hari ini aku sempat beri 'tazkirah' sedikit tentang tanggung jawabnya.  Di situ aku selitkan sedikit perbandingan kehidupanku dan abahnya  yang tak ada masa untuk enjoy atau hang out dengan kawan-kawan sangat.  Aku sebagai anak sulung dangan 8 adik beradik berderet mana la ada masa untuk itu semua.  Kalau dapat pun sekali sekala. Itu boleh dibilang dengan jari. Banyak masa dihabiskan untuk menjaga adik-adik dan menolong mak.

Tiba-tiba keluar ayat dari mulut anak dara kami  " Tapi kita kan kaya".  Urkkkk....arghhh....rasa macam tertelan biji durian jer. Mak aii...aku dan abahnya terpana beberapa saat.  Saling berpandangan dan walau tanpa bicara kami seia sekata perlu membetulkan pandangan budak 15 tahun ni. Otak dia kena dipusingkan 360 darjah ni.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku bersuara terlebih dahulu. "Nia kita bukan kaya. Apa yang kita ada ni semua milik Allah.  Kalau Allah nak tarik semuanya sekejap sahaja Dia boleh ambil.  Rumah ni mama pinjam dan perlu dibayar bulan-bulan.  Pasal pergi bercuti? Mama dengan abah terpaksa rancang terlebih dahulu dan menyimpan duit untuk bercuti.  Bukan nak bercuti kita terus pergi jer. Mama perlu simpan dulu duit dah cukup baru la dapat bercuti. Nia , duit gaji mama dan abah habis bulan maka habislah gaji".  Itu la antara mukadimah yang aku suarakan pada anak ku ini. Selepas itu aku keluarkan semua cerita kesusahan yang kami lalui sehingga la kehidupan kami bertiga seperti kini.



Hurmm...Nia tak perasan ke mama ni shopping baju di Pasaraya Ten ten, Pasaraya Ku, Pasar Panas Jengka, dan entah apa lagi pasar.  Nia tak perasan agaknya mama suka beli pakaian atau barang murah-murah.  Kalau dapat barang yang murah mama amat gembira.  Dan sebenarnya Nia tak perasan ke mama memang jarang sangat bershopping. Shopping hanya untuk barang-barang makanan sahaja.  Kalau benda yang tak perlu tu mama dan abah jarang sangat membelinya.

Kalau Nia terbaca posting mama ni Nia kena faham betul-betul. Kaya itu bukan tiket untuk kita hidup bersenang lenang tanpa ada rasa tanggung jawab.  Kaya itu bukan satu cara untuk kita merasa terlalu mudah macam petik jari sehingga kita tidak perlu berusaha.  Kaya itu bukan jalan untuk kita hidup terlalu bermewah tanpa memikirkan kesulitan orang lain. Nia kena faham sekaya mana pun manusia itu, sebanyak mana pun harta yang dia ada, walau dia hartawan, juatwan sekalipun ...Nia kena ingat itu semua bukan milik manusia . Itu semua milik Allah. Allah itu Maha Pemurah, Pemberi rezeki andaikata Dia tidak membenarkan segala rezeki dan kekayaan itu menjadi milik manusia maka manusia itu tidak akan kaya. 

Mama harap sangat Nia faham.  Kesenangan , kelapangan dan kemudahan Nia nikmati ini, Nia kena manfaat betul-betul.  Nia kena belajar dengan tekun, perlu ada motivasi yang tinggi, perlu sentiasa mencari ilmu terutama ilmu agama, Yang lebih penting Nia perlu ada matalamat dan hala tuju dalam hidup ini.  Jadi la insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. 



Tuesday, June 3, 2014

Kegilaan selfie

Mula-mula dengar perkataan selfie ni daripada anakanda aku la. Aku dok perhati jer budak ni dok ambil gambar sendiri sambil tersengih-sengih  dan macam-macam memek muka yang dibuatnya.  Mula-mula memang la rimas tengok budak ni termasuklah makcik-makciknya yang anak dara tu, Sabor jer la ...bila yang jadi mangsa adalah hand phone ku ini la.

Rupa-rupanya selfie ni memang kegilaan orang Malaysia. Huh tak cukup dengan berselfie dengan hp rupanya ada lagi penambahnya boleh selfie ramai-ramai menggunakan batang besi tu.  Aku panggil batang besi jer pada mulanya. Bila dengar budak-budak di sekolah sebut monopod barulah aku tahu benda tu namanya monopod. Huwaaa...sempena Hari Guru dan Hari jadi hari tu dan kebetulan ada cikgu yang bawa monopod tu maka sakan ler kami orang berselfie dan bermonopod. Sesekali jadi muda remaja. Haha...macam best jerr...tapi tunggu monopod tu harga RM10 baru aku nak beli. Tapi sesekali macam orang sakit kepala jer tersengih menggunakan benda alah tu. Hurmmm....apa sekali pun boleh layan kegilaan budak-budak ni sekali sekala kan.....