Selama ini aku ingatkan anak aku sorang tu faham siapa ibu bapanya ini. Latar belakang kami, kehidupan kami yang lalu rasanya semua dah diceritakan. Namun sangkaan ku meleset sama sekali. Tatkala sedang berbuka puasa hari ini aku sempat beri 'tazkirah' sedikit tentang tanggung jawabnya. Di situ aku selitkan sedikit perbandingan kehidupanku dan abahnya yang tak ada masa untuk enjoy atau hang out dengan kawan-kawan sangat. Aku sebagai anak sulung dangan 8 adik beradik berderet mana la ada masa untuk itu semua. Kalau dapat pun sekali sekala. Itu boleh dibilang dengan jari. Banyak masa dihabiskan untuk menjaga adik-adik dan menolong mak.
Tiba-tiba keluar ayat dari mulut anak dara kami " Tapi kita kan kaya". Urkkkk....arghhh....rasa macam tertelan biji durian jer. Mak aii...aku dan abahnya terpana beberapa saat. Saling berpandangan dan walau tanpa bicara kami seia sekata perlu membetulkan pandangan budak 15 tahun ni. Otak dia kena dipusingkan 360 darjah ni.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku bersuara terlebih dahulu. "Nia kita bukan kaya. Apa yang kita ada ni semua milik Allah. Kalau Allah nak tarik semuanya sekejap sahaja Dia boleh ambil. Rumah ni mama pinjam dan perlu dibayar bulan-bulan. Pasal pergi bercuti? Mama dengan abah terpaksa rancang terlebih dahulu dan menyimpan duit untuk bercuti. Bukan nak bercuti kita terus pergi jer. Mama perlu simpan dulu duit dah cukup baru la dapat bercuti. Nia , duit gaji mama dan abah habis bulan maka habislah gaji". Itu la antara mukadimah yang aku suarakan pada anak ku ini. Selepas itu aku keluarkan semua cerita kesusahan yang kami lalui sehingga la kehidupan kami bertiga seperti kini.
Hurmm...Nia tak perasan ke mama ni shopping baju di Pasaraya Ten ten, Pasaraya Ku, Pasar Panas Jengka, dan entah apa lagi pasar. Nia tak perasan agaknya mama suka beli pakaian atau barang murah-murah. Kalau dapat barang yang murah mama amat gembira. Dan sebenarnya Nia tak perasan ke mama memang jarang sangat bershopping. Shopping hanya untuk barang-barang makanan sahaja. Kalau benda yang tak perlu tu mama dan abah jarang sangat membelinya.
Kalau Nia terbaca posting mama ni Nia kena faham betul-betul. Kaya itu bukan tiket untuk kita hidup bersenang lenang tanpa ada rasa tanggung jawab. Kaya itu bukan satu cara untuk kita merasa terlalu mudah macam petik jari sehingga kita tidak perlu berusaha. Kaya itu bukan jalan untuk kita hidup terlalu bermewah tanpa memikirkan kesulitan orang lain. Nia kena faham sekaya mana pun manusia itu, sebanyak mana pun harta yang dia ada, walau dia hartawan, juatwan sekalipun ...Nia kena ingat itu semua bukan milik manusia . Itu semua milik Allah. Allah itu Maha Pemurah, Pemberi rezeki andaikata Dia tidak membenarkan segala rezeki dan kekayaan itu menjadi milik manusia maka manusia itu tidak akan kaya.
Mama harap sangat Nia faham. Kesenangan , kelapangan dan kemudahan Nia nikmati ini, Nia kena manfaat betul-betul. Nia kena belajar dengan tekun, perlu ada motivasi yang tinggi, perlu sentiasa mencari ilmu terutama ilmu agama, Yang lebih penting Nia perlu ada matalamat dan hala tuju dalam hidup ini. Jadi la insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment