Bila perut lapar dan roomate dah tidur , ko hanya ada pilihan untuk mengadap biskut sebab memasak bukanlah pilihan terbaik bila perut ko sahaja yg berirama lapar.
Sekeping biskut 4 segi ini mengingatkan aku pada arwah abah. Setiap bulan bila dapat gaji arwah abah jarang miss beli biskut ni. Selalunya biskut 4 segi ni lah yang dibeli dan kalau nasib kami baik mungkin rezeki dia lebih dia belikan biskut marrie yang bulat tu. Biasanya arwah akan beli satu tin besar biskut. Anak ramai kalau setakat 2/3 bungkus tak jalan. Petang2 bila lapar mengadap la kami makan biskut ni cicah teh o.
Dulu anak2 tak banyak songeh macam budak2 skrg. Apa yg ada makan jer. KFC ke McDonald's ke memang mimpi la atau ko hanya mampu tengok di iklan tv dan lepas tu ko simpan la hasrat ko tu bila ko kerja ko beli sendiri. Masa tu kita memang takkan la nak minta duit pada mak nak beli benda2 macam tu sebab ko tahu dengan adik beradik yang ramai mak ko takkan layan walau pun ko keluar air mata darah sekalipun. Haha....tapi anak kita sekarang kfc dan mcd tu dah tak hairan. Mereka lagi up minum di Starbucks walau masih belajar. Entah budak2 ni terpengaruh sgt dengan media sosial tu. Nanti kerja tau la susahnya nak dapat duit.
Sorry sis terbebel😊😊😊
#bebelpdanksis
No comments:
Post a Comment