Saturday, December 12, 2009

Tidak pernah terjangkau

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.Subhanallah. ..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.
Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.Allahu Akhbar!

Thursday, November 19, 2009

Plain Jane


"Plain Janes always make beauties look more beautiful", ayat-ayat yang aku ambil dari sebuah novel yg bertajuk Plain Jane. Ayat itu membawa aku ke menerawang tentang diriku ketika zaman kanak-kanak dan remaja.


Aku selalu menganggap diriku sebagai Plain Jane sehinggakan aku mendapat penyakit inferiority complex. Ramai yang tidak tahu aku mempunyai masalah itu. Zaman remaja aku sedikit hambar kerana penyakit dalaman ku itu.


Ketika itu keyakinan diri langsung tiada. Dalam fikiran hanya ada perasaan malu yang tidak bertempat dan sering merasa diri tersisih. Apatah lagi berlatarbelakangkan keluarga yang sederhana. Aku pernah dicop sebagai anti lelaki kerana sifatku yang kurang berkomunikasi dengan lelaki dan garang dengan lelaki. Hahhaha sampai kini pun bila bertemu semula rakan-rakan sekolahku di dalam FB mereka amat mengingati karekterku yang satu itu. " Zai, kau dulu masa sekolah garang sangat", itu la komen mereka.


Mereka tidak tahu yang sebenarnya aku merasa rendah diri untuk bergaul, terasa tidak ada keistimewaan langsung yang dapat menarik perhatian mereka. Aku begitu gusar jika aku ini amat membosankan, jadi jalan selamat aku menjadi orang yang pendiam.


Namun Plain Jane juga mempunyai keinginan yang berkobar untuk keluar dr kepompong kesederhanaan itu, mempunyai naluri ingin menjadi popular. Seiring dengan masa dan kedewasaan aku mula berubah watak. Seingat aku ketika usia 19 tahun di tingkatan 6 atas aku mula meningkatkan keyakinan diri dan cuba menjadi orang yang lebih positif. Ternyata perubahan itu membawa keceriaan kepadaku dan memberi aku satu semangat juang.


Pun begitu dalam usia sebegini aku merasakan aku suka menjadi Plain Jane dan kini aku mengerti setelah memerhati, setelah merasai dan setelah melalui aku amat suka dengan kesederhanaan kerana Plain Jane itu sebenarnya mempunyai keistimewaan dan keunikan yg tersendiri.


Sunday, November 1, 2009

Hikmah 5 Jari


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.


Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentu buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.


Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.


Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

Monday, October 19, 2009

Minat


Wah..agak lama juga aku tidak mencoret di diari maya ni. Baru lepas PMR jadi silibus pun dah habis, cuma yang ada hanya la program atau aktiviti sahaja. maka kuranglah sedikit beban kerja. Nampak je student form 3 aku selamba je suruh they all lepak kat rumah. Hehehe bukan apa datang sekolah pun kalau dok bising dan buat vandalisme menyusahkan cikgu baik duduk rumah, tau-tau aje la budak-budak sekarang tak boleh duduk diam.


Walaupun begitu kerja aku di library ni berlambak-lambak macam timbunan kain yang tidak dilipat untuk seminggu. Masih ada 4 kotak buku yang masih belum diproses, tapi aku berjanji walau apa pun caranya buku-buku itu pasti akan siap semua sebelum cuti nanti.


Menyentuh tentang buku, aku memang suka membaca buku hehehhe tapi baca NOVEL la beb. Semenjak kanak-kanak lagi aku suka mengumpul duit membeli majalah pada ketika itu famous dengan majalah Bujal. Aku sanggup berjalan kaki hampir 3km (tapi ikut jalan kg la) untuk membeli majalah tersebut.


Kalau novel aku memang suka membaca karya Khadijah Hashim dan Khairudin Ayip. Masih teringat lagi novel-novel kegemaranku Badai Semalam, Mira edora, Laila Azwa Gadisku, Merpati putih Terbang Lagi, Guruku Ibuku Jua dan banyak lagi yang sudah aku lupa.


Menginjak ke zaman remaja aku sudah mula berjinak dengan novel-novel Shahnon Ahmad, A.Samad Said dan beberapa penulis lagi . Namun yang kelakarnya bila dah berusia macam ni aku beralih ke novel cinta keluaran alaf21, creative, prima dan sebagainya. Memang berbeza betul mesej yang hendak disampaikan oleh penulis seperti A.Samad Said berbanding dengan penulis kini. Kalau ditanya kepuasan mesti la novel-novel sasterwan negara tu lebih puas membacanya dan lebih bermakna walaupun kadang-kadang cara penyampaian mereka berbelit-belit dan sukar difahami.


Hehhehe usia 18tahun aku mula diperkenalkan pula dengan novel Inggeris Millis & Boon. Huwaaa...seronok tak terkata barulah aku ni terdedah sedikit pada apa-apa yang sepatutnya "terdedah" hahahhahah. Tapi bila usia dah 20an aku tinggalkan mills and boon dan khusyuk dengan historical romance daripada Barbara Cartland, sesekali aku menikmati novel dari Sydney Seldon, dan sekali sahaja aku membaca novel dari Agatha Cristhie (tak minat sebab cerita agatha labih pada penyiasatan). Novel English dah berbakul-bakul aku baca tapi english aku tak jugak bagus..kwang..kwang..kwang..


Buku ku sememangnya dah menjadi berkota-kotak sepatutnya kalu rumahku besar ketika itu aku teringin membuat mini perpustakaan tapi dah rumah pun kecik terpakasalah aku memberi sahaja buku-buku itu kepada rakan-rakan yang berminat setelah berkahwin.


Sekarang ni aku masih lagi suka membaca dan membeli buku , alhamdulillah minat aku semakin tearah kepada buku-buku agama dan motivasi. Buku masakan masih belum terbuka hati...hehehehehehhe



Friday, October 2, 2009

Bila sudah kembali bersua

Semenjak dua menjak ni aku jarang menjenguk dan menulis dalam blog nih. Ada banyak perkara yang ingin dicatat tetapi tak ada mood. Pertamanya aku sibuk berfacebook. Sakan betul aku berfacebook maklumlah teruja bertemu semula rakan-rakan lama di alam siber.

Rakan-rakan dari sekolah rendah, menengah hinggalah ketika di universiti. Namun dalam kegembiraan bertemu mereka di alam maya ini terselit jugak rasa terkilan dan aku mula menyedari hakikat bahawa sedangkan pantai pasti berubah inikan manusia.

Kadang-kadang kita menganggap mereka masih mengingati kita, saat bermain, bercerita atau bergembira namun hakikatnya ada yang telah melupakan segala-galanya , malah tidak ada sekelumit pun kenangan yang dibawa bersama.

Suasana dan penghidupan baru rupanya banyak mengubah seseorang. Kadang-kadang aku hanya tersenyum sendirian, masing-masing sudah berubah lebih berstail, lebih banyak 'english' dari bahasa sendiri. Bila sudah bertemu dan berbual aku sudah mula memikirkan masa sudah jauh meninggalkan segalanya yang ada hanya kenangan!

Sunday, August 23, 2009

Rasa?


Kadang-kadang kita boleh memberi bermacam pendapat, melontar pelbagai saranan, mengutarakan macam-macam pandangan. Tetapi apabila bab untuk melaksanakan atau mempraktikkan amatlah payah.


Kadang-kadang membaca pelbagai jenis buku motivasi pun tidak menjamin anda akan menjadi orang yang bermotivasi atau kuat semangat. Bila diduga dan diuji barulah kita tahu di mana tahap kita; lemah atau kuat, bijak atau bodoh.


Namun dalam hidup ini, hati dan perasaan tidak boleh dijadikan pakar rujuk. Kalau ikut hati mati, kalau ikut rasa binasa.


Apa sekali pun berpandukanlah pada iman, walau yang ada hanya sekelumit cuma.


Salam Ramadhan, semuga segala amalan diberkati.

Saturday, August 8, 2009

jujur


Kali ini tulisan aku mungkin agak melankolik sedikit. Hidup memang sebegitu ada masa terlalu dramatik, emosional dan macam-macam lagi la. Dalam hidup ini antara perkara yang penting adalah kejujuran. Apa jua bentuk hubungan yang dibina kejujuran adalah asasnya. Jadi aku tidak mahu menulis panjang, cuma ingin menampal lirik lagu yang pernah menjadi kegemaran aku. Ditujukan khas buat seseorang, sekiranya dia membaca hayatilah makna kejujuran itu.Sekian.


Jujur

by Radja

Duhai kekasih pujaan hatiku

Apakah kau memberiku satu arti

Sedikit rasa yang bisa kumengerti

Bukan sumpah atau janji

Buktikanlah bila ada cinta

Setulus hatimu bisa menerima

Sebatas kejujuran yang kau miliki

Bukan sekedar bersama


Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta

Tinggalkan aku

Bila tak mungkin bersama

Jauhi diriku lupakanlah aku

O... Ho... O... Ho...


Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta

Tinggalkan aku

Bila tak mungkin bersama

Jauhi diriku lupakanlah aku

Selamanya

Thursday, July 23, 2009

Nornie

Posing maut di depan rumah jiran sebelah
(semak giler rumah mamat-mamat poyo tu)
aku dan Nornie masa di Sg Tangkas.

tersilap upload gambar la pulak. Layan je la


Aku bangun 3.30 pagi hari ni, semata-mata nak print maklumat bahan-bahan PSS . Kalau tak disebabkan ada audit nak datang tak kuasa aku. Leceh giler, dah la printer di pss tu dua-dua dah tak ada ink. Rasanya macam nak keluar buih je mulut aku beritahu, dah berbulan kerja-kerja printing semuanya terbantut. Alih-alih printer rumah aku jugak jadi mangsa.
Siap je print tak boleh nak tido pulak. Capai album lama masa aku belajar dulu. Tengok la wajah-wajah ayu masa anak dara dulu. Huwaa kurusnya...dah tak macam la ni.
Tapi dalam ramai-ramai kawan aku si Nornie ni memang aku tak akan lupa (yang lain pun aku tak lupa gak). Kenapa? Dia la manusianya yang memujuk aku untuk ambil borang Diploma Pendidikan lepas kami habis degree dulu dan kesannya ni la aku..jadi cikguuuuuuuu.

Sebenarnya dia yang tolongkan aku ambil borang tuh. Cikgu ni satu kerja yang memang aku tak suka, pokok pangkalnya masa tu aku tak nak la jadi cikgu. Ingat lagi orang lain sibuk dok ambil borang dan isi borang, aku memang buat derkk je.
Tapi si Nornie ni aku tak tau la masa tu dia care sangat (lupa aku nak tanya dia mimpi apa masa tu, hehhee) , ambilkan aku borang dan suruh aku isi. Aku isi semata-mata nak jaga hati dia. Kalau orang lain sibuk berdoa agar dipanggil temuduga untuk Dip Ed tu, tapi aku harap sangat nama aku jangan ada dalam list tu.

Memang keluar list aku tak tengok pun. Memang aku tak nak sangat-sangat. Tiba-tiba nornie muncul " Zai nama ko ada, nanti temuduga kat sini..bla..bla...(maklumat pasal temuduga tu lah)". Aku buat muka seposen je. Hati aku tiba-tiba rasa kacau. Dah la lambat hantar borang dapat pulak.Si Nornie pulak beria-ria.
Hahhaha hari temuduga tu pun tiba, aku memang tak nak pergi!!! dan bila time temuduga tu aku tak pergi pun. Tapi lorr..Nornie datang lagi ke bilik aku." Zai ko tak pergi ke temuduga tu". Aku tersengih je cam biasa la aku kata tak nak.
Entah la ya dalam aku tak nak tu bila dengar nasihat Nornie tiba-tiba lembut je hati aku. Nornie suruh jugak aku pergi temuduga tu. Hish..tengok jam 11 lebih.Giliran aku dah lepas pun. Laa..Nornie suruh jugak pergi dia kata buat la alasan apa pun, dia suruh pergi jugak.
Hahhaha aku pun pergi dalam hati aku ni 50/50. Sampai kat fakulti pendidikan tu (masa tu jalan kaki je dari kamsis) berkejar jugak aku. Jam dah menunjukkan pukul 12 tgh. Hemm nak jadi rezeki aku la agaknya, tukang interview ada lagi dan aku dibenarkan masuk.

Masuk je dia tanya aku kenapa lambat. Selamba je aku menjawab ada test (bohong sunat ke hapa ke..ampunkan aku ya Alllah..). Soalan cepumas yang dia tanya, "Suka ke jadi cikgu?".Aku tak tahu la cam ne muka aku masa tu tapi aku menjawab dengan selambanya, "entah la". Hahhaha aku tengok muka profesor tu macam kena kejutan elektrik. " Entah la". Hehhe tiba-tiba aku macam disimbah air. "Eh maksud saya, saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi cikgu yang baik". Baru la dia senyum. Sesi soal jawab tu tak lama dan soalan pun tanya yang kacang-kacang je , umum je.

Itu bab temuduga. Ni tiba bab surat tawaran sampai. Aku diterima, maknanya temuduga aku yang poyo tu lulus. Eeee..tak de perasaan pun masa aku dapat surat tawaran tu. AKu buat bodo je. Aku TAK NAK pergi pun.

Memang hari pendaftaran aku tak pergi. Kiranya masa tu hati dan perasaan tak ada langsung la nak jadi cikgu. TETAPI..Nornie telefon aku. "Zai kenapa ko tak daftar", pertanyaan skema dr Nornie. Aku pun macam biasa la bagi alasan poyo aku ..bla..bla..
"Aku rasa kalau ko tak nak daftar, ko buat je surat tangguh bagi la alasan yang logik", Nornie memberi cadangan.
"Kenapa pulak", soal aku.

"Mana la tahu hati ko dibuka untuk jadi cikgu, atau pun ko tak dapat cari kerja nanti.Bla..bla..(banyak jugak khutbah Nornie). Tapi ko buat la zai surat tangguh tu", itu la ayat akhir Nornie sebelum dia meletakkan telefon.

Macam biasa aku ni berhati lembut orangnya (hahahha) aku buat surat tu bagi alasan poyo jugak la, aku tulis aku tak ada duit, simple je.Dalam hati aku mesti tak terima punya alasan aku, mesti nama aku diblacklist nanti.Kira aku hantar surat tu dah lewat la sebab dah seminggu pendaftaran kalau tak silap.

Tapi memang inilah kerja yang tertulis buat aku. Tahun hadapannya 1998 lebih kurang sebulan sebelum pernikahan aku mendapat surat tawaran dip ed tu. Huwaaa masa ni memang aku terkejut tahap doraemon , aku dah lupa sebenarnya pasal dip ed tu.Bila tengok tarikh daftar seminggu lepas aku kawin malas betul nak pergi. Tapi bila dengar mak aku dok bla..bla...bla..(sebab masa tu aku kerja kerani je..) aku pun tawakkal je setuju.

Akhirnya di sini la aku, sebagai cikgu dan apa-apa pun aku sedaya-upaya menjadi seorang guru yang baik. (hehehhe jangan ada yang gelak ...)

Terima kasih Nornie!!! (heheh entah bila ko akan baca blog aku nih, sibuk je 24 jam)

12 Ways To Know That You Love Someone


TWELVE:You talk with him/her late at night and when you go to bed you still think of him/her.

ELEVEN:You walk really slowly when you are with him/her.


TEN:You don't feel Ok when he/she is far away.


NINE:You smile when you hear his/her voice.


EIGHT:When you look at him/her,you do not see other people around you.You see only him/her.


SIX:He/She is everything you want to think.


FIVE:You realise that you smile every time you look at him/her.


FOUR:You would do anything to see him/her.


THREE:While you have been reading this, there was a person in your mind all the time.


TWO:You've been so busy thinking of that person that you didn't notice that number "" 7 "" is missing.


ONE:You are going to check above if that's true and now you are silently laughing to yourself.

Monday, July 20, 2009


Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh,aku singgah sekejap di KLCC.Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli,tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegaske tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air.


Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yangdisebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,"Haa, camna sekarang ?"


Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal.Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga,"Ok gak ler".


Kemudian suara tu bertanya lagi, "Kau nak gi mana ni??"


Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas,"Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"


Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??".


Aku selamba jer kata,"Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".


Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!


Moral: jangan menyampuk time orang bercakap

Sunday, July 19, 2009

Cikgu bengang


Aku dan Nia terbahak-bahak ketawa sampai keluar airmata bila membaca lawak nih. Korang tak tahu la pulak apa yang keluar. Wakakakaka....lawak ni hanya lawak semata-mata, sekadar untuk melepaskan tensennnn.Opps lupa lak kat mana aku dapat lawak ni. Hehhe aku cut and paste je tapi nama penyumbang tetap aku letak kat situ.Tajuk aku tukar sikit..jangan marah saja kasi gempak.


Murid : Selamat pagi, cikgu.


Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?


Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!


Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.


Murid : Selamat sejahtera cikgu!Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?


Murid : Faham, cikgu!


Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.


Murid : (senyap)


Cikgu : Pandai!


Murid : Bodoh!


Cikgu : Tinggi!


Murid : Rendah!


Cikgu : Jauh!


Murid : Dekat!


Cikgu : Keadilan!


Murid : UMNO!


Cikgu : Salah!


Murid : Betul!


Cikgu : Bodoh!


Murid : Pandai!


Cikgu : Bukan!


Murid : Ya!


Cikgu : Oh Tuhan!


Murid : Oh Hamba!


Cikgu : Dengar ini!


Murid : Dengar itu!


Cikgu : Diam!

Murid : Bising!


Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!


Murid : Ini ialah jawapan, pandai!


Cikgu : Mati aku!


Murid : Hidup kami!


Cikgu : Rotan baru tau!


Murid : Akar lama tak tau!


Cikgu : Malas aku ajar kamu!


Murid : Rajin kami belajar cikgu!


Cikgu : Kamu gila!


Murid : Kami siuman!


Cikgu : Cukup! Cukup!


Murid : Kurang! Kurang!


Cikgu : Sudah! Sudah!


Murid : Belum! Belum!


Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?


Murid : Sebab saya seorang pandai!


Cikgu : Oh! Melawan!


Murid : Oh! Mengalah!


Cikgu : Kurang ajar!


Murid : Cukup ajar!


Cikgu : Habis aku!


Murid : Kekal kami!


Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!


Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!


Cikgu : Sudah, bodoh!


Murid : Belum, pandai!


Cikgu : Berdiri!


Murid : Duduk!


Cikgu : Saya kata UMNO salah!


Murid : Kami dengar KeADILan betul!


Cikgu : Bangang kamu ni!


Murid : Cerdik kami tu!


Cikgu : Rosak!


Murid : Baik!


Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!


Murid : Dilepaskan tengah malam itu!


Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


sumbangan : mie

Saturday, July 18, 2009

Pak Pandir


Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia. Bila wartawan-wartawan sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.


Pak Pandir pun kata..tengok ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.


Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...


5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...


dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....


dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.


Dengan selamba..wartawan-wartawan tadi pun meninggalkan pak pandir yang tengah rancak bercerita pasal pokok rambutannya...

Friday, July 17, 2009

Muka Seposen

Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.

Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.

Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?

Anak : Tak.

Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?

Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.

Ayah : Tambang bas berapa sen?

Anak : 60 sen.Ayah : Man ada berapa sen?

Anak : 50 sen saja.

Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?

Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.

Ayah : Bertuah punya anak. (Dalam hati: Pandai jugak anak aku ni)

Banyak Alasan!

Ada banyak alasan manusia yangmembuat dasar dari hakikat pernikahan.
Hakikat yang seperti apakah yangpaling membahagiakan?
Cuba kita lihat dan manakah pilihan kita???

1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana nafsu, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

3- Jika hakikat pernikahan adalahkerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

5- Jika hakikat pernikahan adalahkerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6- Jika hakikat pernikahan adalahkerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia.Yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH,sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAHmencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Saturday, June 20, 2009

Toilet???


Mendidik anak bukanlah mudah. Terutama anak-anak zaman globalisasi yang canggih manggih ni. Aku pun kadang-kadang banyak juga ikut emosi. Al-maklumlah sehari suntuk mengajar anak orang bila balik nak ajar sendiri rasa tak upaya aje. Hehhehehe

Hari ini aku menegur cik kak aku sorang tu. Asyik depan tv aje. Tom-tom bak, tom-tom bak..rasa nak tombak aje minah kecik ni. Dari awal lagi aku suruh dia ulangkaji pelajaran. Ok dia kata. Tapi dok dengar suara dia terkekek-kekek tengok tv. Biar je la. Aku naik ke atas , aksi biasa la sambil tengok tv sambil membaca.

Selesai kerja rumah aku naik ke atas semula. Hati aku dah meruap-ruap melihat dia masih lagi dengan cara yang sama. Bila aku sound je dia mula tarik muka 14 dan tutup tv. Terus aje dia capai buku. Aku teruskan mengemas bilik atas, vacum apa bendalah. Anis dah terjerit-jerit memanggil kakaknya bila dia tengok kakak dia tu dah tak de dalam bilik. Aku pulak ingatkan dia turun ke bilik bawah study.

Sedang khusuyuk aku vacum bilik tiba-tiba suami aku balik dan mengajak kami untuk makan di luar. Melihat jam dah pukul 2.30 ptg. Aku masih lagi vacum bilik ku sampai la ke pintu toilet. Sedang aku terbongkok-bongkok aku tertolak pintu dan apa yang aku saksikan.....Adusss Nia sedang tidur dalam toilet dengan buku-bukunya. Sengal ke apa budak ni. Aku ingatkan dia di bilik bawah rupanya dalam toilet.

Dia kata dia dah buat latihan lepas tu tertidur. Macam-macam betul la minah ni. Tak tercapai dek akal aku pun dia akan berada di tempat yang paling syahdu tu. Tahu la toilet tu luas, tapi banyak lagi tempat lain untuk merajuk.Poning kepalo den....

Cerita Nia


Tahun ni malas betul aku nak update blog nih. Walaupun berkepuk-kepuk cerita yang aku ada. Tapi hari ini aku rajinkan jari-jemariku ini untuk menaip tentang seseorang.

Siapa lagi kalau tak buah hatiku seorang tu, Hanania. Peperiksaan pertengahan tahun yang baru lepas result dah dapat. Memerhatikan cara dia study aku dah dapat agak dah apa keputusan yang dia akan perolehi. Last minute!. Seminggu nak exam baru terkial-kial. Aku pun satu jugak tahun ni rasa sibuk je dan kepenatan mungkin jugak disebabkan aku dah ada budak kecil Anis ni. So kalau selama ni aku memang menghabiskan masa bersama anakku mengulangkaji pelajaran, tapi tahun ni aku kononnya nak ajar dia berdikari. Tapi , biasalah budak tu. Belajar sambil tengok tv, sambil berbaring.Macam-macam aksi lagi la.

Hari Isnin lalu sebaik sahaja dia sampai ke rumah dia terus bersuara, "mama rotan la nia, nia rela kena rotan sebab result nia tak bagus". Hah! aku nak ketawa berdekah-dekah di situ tapi aku control je la.

"Rotan bukanlah cara penyelesaiannya ". Aku menjawab dan selepas itu mula lah khutbahku. Akhir sekali selepas mendengar khutbah aku, dia menjawab, "mama ni nia dah katakan rotan je lah tak payah nak berleter panjang-panjang". Heeee begitulah budak zaman sekarang. Lepas ni terpaksalah aku ikut cara lama. Belajar bersama Hanania!

Wednesday, May 27, 2009

Rumit dan Simple


BUKU HARIAN ISTERI


Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang, dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk. Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cintakamu juga".Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.. ...Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan.Hidupku terasa bergoncang.. ...


BUKU HARIAN SUAMI

Hari ini CHELSEA kalah. SIOTTT!!! TULLL...

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku syurgaku!

Thursday, May 21, 2009

2 kali tak sangka



Tahun ni rezeki untuk aku la agaknya.Hari tu budak-budak PSS dah buat birthday party untuk aku walaupun simple tapi amat bermakna. 18 Mei hari tu aku sekali lagi dikejutkan oleh pelajar-pelajar 3 Ibnu Sina apabila mereka turut meraikan birthday aku. Aku memang dah dimaklumkan bahawa mereka akan mengadakan jamuan, jadi hari kejadian aku duduk ajelah dalam library sambil buat kerja. Jamuan bermula pukul 9.40 pagi ingatkan pukul 10.00 baru aku nak pergi, biar mereka mula dulu. Tapi..tiba-tiba muncul mula Izzati dalam keadaan termengah-mengah dan berpeluh tak suruh duduk dia dah duduk macam kena kejar dengan hantu keliwoon je.Hehheheh. "Cikgu, satu sekolah saya cari cikgu.Penatnya", ucap Izati termengah-mengah. "Ler kamu ni macam tak tahu pulak nak cari saya kat mana. Apasal pulak nak cari saya ni". Aku dah naik hairan. "Nak ajak cikgu pergi jamuan tu la, semua orang dah tunggu cikgu". Mata aku dah bulat memandang dia."Aikk..kan guru kelas kamu dah ada, kenapa tak mula lagi, mula je la.Nanti saya datang la"."Tak boleh, cikgu kena ikut jugak sekarang". Aku pun terus la mencapai beg. Sampai je di sana mereka tengah menunggu kedatangan aku. Umira dan pelajar-pelajar lain sedang menunggu di muka pintu sambil memegang kek. Alah..malunya aku, apasal la budak-budak ni buat cam ni.Aku mengomel dalam hati. Cikgu Fadhil, Kak Ros, Kak Siti, Kak Akmal , Mariatun semua bangun sambil pelajar-pelajar menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.Hish segan tahap gaban betul. Tapi rasa terharunya. Agak-agaknya tiap-tiap tahun aku dapat makan kek free ke? Anyway thank u very much. Sayang kamu semua!!!

Sekitar Hari Guru 2009

Lari jangan tak lari. kutip air yang jatuh tu Rohaizad...
Kemahiran meniup dan kemudian mencucuk belon sampai pecah.
Aksi melontar kelapa
Boss kami yang sporting..

Hari Guru tahun ni aku tak beria sangat mengambil bahagian dalam sukaneka sebab sibuk ambik gambar. Ada la dua acara aku masuk, boling kelapa dan golf kampung. Huhuuuuu semuanya dapat mata.Hari ini la pelajar-pelajar dapat melihat guru-guru mereka berlari dan mungkin melompat ke sana -sini kerana acara-acara padang yang disediakan oleh badan pengawas. Memang berpeluh-peluh dan yang paling menarik sebenarnya cikgu memang suka mengelat. Acara tiup belon dan pecahkan belon memang semuanya membawa jarum peniti belum pun belon tu besar terus dicucuk. Itu la kalau buat sukaneka untuk guru-guru ni, semangat nak menang memang berkobar-kobar dengan menggunakan macam-macam helah. Kesian aku tengok muka-muka pengawas yang menjadi pengadil, tak dapat nak mengaplikasi sifat-sifat pengadil. Tapi tak pe itu la namanya semangat kesukanan dan mesra alam. Ok la layan la gambar-gambar ni.Bye...

Friday, May 8, 2009

Tidak Kusangka




Rasanya hari ni la hari yang paling haru dan biru bagi aku. Namun hari ini juga hari yang paling touching dalam hidup ku. Sungguh mengharu lagi menyentuh perasaan. Rasanya bila menikmati saat-saat begini menjadi guru adalah perkara yang paling bermakna.

Dalam kesibukan dan kelegaan menyelesaikan majlis pelantikan pengawas, aku mendapat kejutan ini. Memang tak kusangka dan tak kuduga. Almaklumlah aku bukanlah guru yang mesra alam sangat dengan pelajar, antara yang serius dan kadang-kadang aku juga garang. Pengawas PSS ku pun sebahagian sahaja yang benar-benar berani untuk bersemuka denganku jika ada hal atau perkara.

Bila loceng rehat tamat aku mula rimas melihatkan pengawas PSS masih berkeliaran dan makin lama makin ramai terutama pengawas menengah atas. Aku mula naik hairan biasanya budak-budak ni susah nak datang ke library kecuali waktu bertugas. Itu pun sekejap je, buat apa yang patut tulis nama, tandatangan dan keluar. Hari ni naik pelik pulak aku. Lepas tu mereka dok tersengih-sengih memandang aku yang sibuk dengan fail dan dokumen.

Tambah lagi la hairan aku bila aku suruh mereka masuk kelas masing-masing buat tak tahu sahaja. Aku dah naik risau macam buang tabiat pulak budak-budak ni lepas majlis pelantikan.
Kerimasan aku tahap kritikal apabila mereka masuk keluar dari bilikku.

Malas aku nak melayan, hinggalah Hanizah datang dan bertanya sama ada aku masih lagi sibuk. Aku mengatakan aku sedang bersiap untuk masuk kelas 1/2 jam lagi. Dia meminta aku keluar sebentar. Macam biasa la aku memang kepenatan dan malas nak melayan, aku cakap apa-apa hal masuk aje bincanga dalam bilik.

Jeng....jeng..tiba-tiba kumpulan pelajar itu masuk sambil membawa kek coklat dan 3 batang lilin kecil atasnya sambil menyanyikan lagu "happy birthday". Aku terkebil-kebil sambil siap lagi berfikir budak-budak ni mengingau ke apa. Birthday aku 8 hari lagi.

Aku siap cakap lagi "birthday saya lambat lagi, kan 16 mei", jawab Hanizah "kami exam nxt week jadi kami cepatkan". Huwaaa malunya aku..aku mati-mati ingat budak-budak ni hilang ingatan ke hapa. Terkedu sebentar. Api lilin yang menyala-nyala mula terpadam. Pengawas lelaki mula riuh menyuruh menyalakan semula lilin tersebut dan menyuruh aku meniup dan memotong kek.

Rupanya mereka telah membuat persiapan yang aku sendiri pun tak sedar. Di luar mereka mengeluarkan priing dan cawan kertas, kek, bihun dan karipap. Kalau la aku tahu tak la aku makan kenyang sangat di kantin tadi. Nak menjaga hati aku makanlah jugak. Rezeki cikgu Sree dan Normi mereka ada di library ketika itu jadi tumpanglah semangkuk. Hehhehe

Wah syahdunya. Budak-budak ni boleh ingat birthday aku. Ada orang yang paling penting dan hampir dalam hidup kita pun kadang-kadang lupa. Aku dah bercadang lepas ni aku nak buat jamuan untuk budak-budak ni sebelum puasa. Oh bestnya hari ini.....terima kasih semuanya.

Thursday, April 2, 2009

Pergi Takkan Kembali

Rasanya sudah berbulan blog ini tidak diupdate. Alasan yang paling kukuh ialah ketiadaan masa dan kekeringan idea. Apabila idea tiba masa pula yang tidak mengizinkan. Bila masa ada , idea aku pula yang kering kontang.

Apa pun hari ini aku menguatkan juga semangat untuk menulis, sebelum segala yang aku ingin rakamkan hilang terus. Catatan ini khusus untuk mengenang arwah abang iparku yang telah kembali ke rahmtullah pada 03 Mac 09 yang lalu.

Dalam usia yang begitu muda, 47tahun dia telah pergi dahulu. Agak terkejut sebenarnya terutama suamiku yang amat rapat dengan arwah. Lapan hari dia berada di hospital. Tiga hari pertama dia sendiri meminta untuk ke Kuantan Medical Centre apabila tidak tertahan menanggung sakit di bahagian kakinya. Arwah sempat menghantar sms kepada suamiku memaklumkan hal itu dan sehingga kini suamiku masih menyimpan sms itu (untuk kenangan).

Hari kedua arwah masih lagi boleh berbual melalui telefon dengan suamiku, walaupun suaranya kedengaran agak lemah. Hari ketiga, selepas pulang dari pejabat suami mengajak aku dan Nia untuk terus ke KMC. Sesampai kami di sana arwah sedang dialisis. Kami sebenarnya amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa arwah dialisis, ini menunjukkan buah pinggangnya gagal berfungsi dengan baik.

Mendengar perkataan dialisis itu aku sebenarnya gerun. Arwah abah aku meninggal pun sebab buah pinggang setelah sehari didialisis. Kak Ana (isteri arwah) bertanya sama ada dialisis itu hanya untuk sementara waktu. Kak Ana agak keliru sebenarnya, aku ingin menyatakan yang sebenarnya bahawa Arwah Uda (panggilan untuk arwah) mengidap penyakit buah pinggang sebab itu dia dialisis. Tapi Kak Ana menyangkal dengan menyatakan hanya untuk mencuci darah sahaja. Melihat keadaan kak Ana yang banyak menangis dan seperti tidak dapat menerima kenyataan aku hanya mengiayakan sahaja. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah memberi kata-kata yang positif.

Apabila Uda dimasukkan ke bilik, keadaanya cukup lemah. Bahagian perut arwah ditebuk untuk proses dialisis tersebut. Kak Ana menangis sambil cuba menggerakkan arwah. Aku menyabarkan kak Ana, mengatakan bahawa selepas dialisis pesakit memang merasa lemah. Pengalaman dengan arwah abah banyak memberi aku maklumat tentang dialisis ini. Bagi memuaskan hati Kak Ana, doktor yang berada di situ turut menggerakkan uda, apabila uda celik dan mula bercakap barulah kak Ana tenang dan lega mungkinnya.

Melihat kaki uda yang lebam kebiruan dan lebam kebiruan itu telah melarat sehingga ke pinggangnya. Dalam hatiku mengatakan bahawa kemungkinan besar uda juga mengalami diabetes tetapi tidak menyedarinya. Aku dan suami berpendapat sama melihatkan cara pemakanannya arwah yang amat gemar meminum air pepsi. Masih ingat lagi kata-kata arwah padaku "kalau minum air biasa rasa tak puas, nak jugak air pepsi", aku hanya tersenyum mendengar kata-kata itu. Dalam hatiku berbisik samalah seperti minat arwah abahku yang suka sangat minum air berkabonat.

Keesokan harinya Kak Ana memaklumkan pada kami bahawa Uda dimasukkan ke HTAA. Itu pun suami aku yang sarankan sebab bil di KMC untuk tiga hari sahaja telah mencecah RM7500. Hari Jumaat suamiku mengambil cuti separuh hari dan kami kembali semula ke Kuantan. Kami dimaklumkan bahawa keadaan Uda tidak stabil dan doktor mengatakan harapan untuknya adalah tipis, cuma menunggu masa sahaja.

Uda sememangnya seorang kuat dan cekal. Melihat keadaan kakinya itu bukan calang-calang orang yang dapat bertahan. Kita yang melihat pun merasa amat sakit, ini kan dia yang menanggung. Namun dia hanya senyap dan diam sahaja tidak mengaduh lansung tentang sakitnya. Apabila kami masuk melihatnya, dia masih sempat bergurau dengan Hanania. Dia masih mengenali semua orang dengan baik dan jelas termasuklah ibuku,itulah perkara yang mengkagumkan aku. Beberapa kali dia meminta untuk keluar dari hospital, beberapa kali jugak dia menyatakan pada suamiku supaya berkemas kerana dia ingin balik.

Akhirnya kata-katanya itu menjadi kenyataan apabila dia telah 'balik' tepat pukul 7.15 malam pada hari Selasa, 03 Mac 09. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini aku mula rasa kehilangan orang-orang terdekat. 2003 arwah mak tuk pergi, kemudian disusuli dengan bapa mertuaku, mak dan ayah saudaraku, abah dan kini uda. Mati itu sebenarnya pasti, amat pasti cuma kita tidak tahu bila dan bagaimana. Apa yang mampu kita lakukan agar pengakhiran kita sesuatu yang baik dan menyenangkan. Dalam masa yang amat singkat ini marilah kita berbuat baik tanpa sekelumit benci.

Al-Fatihah.