Friday, April 2, 2010

Hari-hari seorang guru


Ramai yang mencemburui kami sebagai seorang guru. Atas satu alasan yang sangat lapok, "guru kerja sekerat hari".Aku kadang-kadang mahu tergolek-golek mendengar alasan lapok macam cerita P.Ramlee Bujang Lapok tu.


Tiada yang memahami dunia kami dengan jelas, melainkan kami yang merasa dan melaluinya.

Seawal jam 7.00 pagi secara formalnya tugas guru bermula. Apatah lagi jika guru itu bertugas mingguan mengendalikan perhimpunan pagi. Memastikan alat-alat siaraya disediakan. Memastikan kerusi-kerusi di susun dan diatur untuk perhimpunan rasmi (bagi sekolah yang tiada dewan).Memastikan pelajar-pelajar bergerak untuk masuk dalam barisan (pelajar kena panggil , kalu tak panggil alamat berkulat la).


7.40 pagi kelas telah bermula. Masing-masing guru yang ketika itu ada waktu free akan terus menuju ke kantin. Istilah yang sering kami gunakan ialah 'isi minyak".Yelah selepas itu kami akan masuk ke kelas, menggunakan segala tenaga, suara.Habis waktu persekolahan pada pukul 2.00 petang, namun 2.40 hingga 3.30 atau 4.00 ptg disambung dengan kelas tambahan bagi kelas-kelas peperiksaan.


Sebenarnya, waktu itu adalah waktu puncak.Amat meletihkan. Bayangkan dari pagi dan sampai ke petang. Perut lapar, badan dah penat. Apatah lagi pelajar.Kadang-kadang kesian pada pelajar"cikgu laparlah". Tapi apa nak buat. Korang pun satu hal jugak, dah tahu ada kelas sampai petang bukannya reti nak bawa air ke , roti ke, dah tahu kantin tu teruk.


Kalu dahulu bangunan sekolah hanya dua tingkat. Tapi sekarang cuba anda perhatikan bangunan sekolah kebanyakan 4 tingkat dan mempunyai banyak blok. Oh bayangkan pergerakan guru dari blok A lepas habis dua masa bergegas ke blok B tingkat 4.Mana-mana guru yang mengandung mengeluh. "kak zai boleh tak nak tempah bilik tayangan, tak larat la saya nak naik ke tingkat 4 blok sana". Kesian cikgu tu, dalam keadaan berbadan dua memang nampak dia lesu.Aku sendiri pun mengalami masalah pasal bab-bab mendaki tangga ni. Kaki lenguh, dan aku mengalami masalah urat timbul. Takut nak tengok urat-urat di kaki dan peha yang semakin timbul .


Kerja sekolah jangan cerita la, setiap hari perlu dibawa balik, kalau tidak dibawa balik dari segi buku latihan pun akan dibawa balik dari segi bebanan perasaan sampaikan mengingau-ngigau di tempat tidur.


Arghh..konsep guru dulu dan sekarang sebenarnya jauh berbeza. Semuga Allah menguatkan semangat aku nih....



2 comments:

Idi said...

Ikhlas kan hati ya sahabat. Besar ganjaran utk kau kat akhirat tu...

hikayathati said...

Thank u, thank u..aku selalu berdoa supaya aku ikhlas dengan budak2 ni.Sabar tahap gaban tu...