Monday, December 20, 2010

Surat Ungu Untuk NUha


Surat Ungu Untuk Nuha ini pertama kali kubaca bab-bab terawalnya di blog penulisnya sendiri iaitu Noor Suraya. Terkekek-kekek aku ketawa membaca 'peperangan' antara Nuha dan Alang. Tetapi keseronokan itu tidak dapat diteruskan kerana dalam blog itu hanya mengandungi bab awal novel ini sahaja. Selebihnya aku terpaksa mendapatkan novel ini di kedai.

Maka bermula la pencarian aku untuk mendapatkan SUUN ini. Rasa hampa apabila pergi ke kedai buku di Kuantan novel ini tidak ada, begitu juga ketika aku ke kedai buku Wangsa Walk tempohari juga tidak ada. Aku dan Ecah dah merasa give up. Rancangan yang seterusnya untuk mendapatkan novel ini secara online pulak.

Namun, tidak diduga.  Ketika merewang-rewang di bandar KEmaman, aku ternampak sebuah kedai buku kecil. Masuk ke kedai tersebut, rupanya bukan sahaja boleh membeli buku, tetapi ada juga perkhidmatan menyewa novel. Oh alangkah indahnya hari itu, apabila mataku ini tertancap kepada novel SUUN ini. Lantas, apa lagi aku terus menyewa novel ini, dengan deposit RM10 dan RM2 untuk bayaran sewa sebuah buku.

Bila dah habis membacanya rasa rugi pulak tidak terus membelinya. Aku paling suka puisi-puisi yang terdapat dalam novel ini. Puisi yang ditulis oleh Alang untuk mencurahkan perasaannya pada Nuha. Jalan ceritanya menarik, penggunaan bahasa yang amat baik juga kukira. Cuma bila di pertengahan cerita, penulis seakan tidak sabar untuk menamatkan cerita ini dengan cepat. Pada pendapat aku yang hanya penggemar novel ni, ada beberapa watak yang tergantung contohnya, apa terjadi pada Ku Chik, Engku Faisal dan isterinya. Apa sekalipun Nuha sebenarnya amat sesuai dengan Alang.

AKu paling tertarik dengan bait-bait puisi ini, rasa menyentuh di jiwa (cehhh..jiwang karat jugak aku nih..hehe)

Kalau cinta ada sayapnya...terbanglah dan hinggaplah di hati dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yang satu
serulah kepadanya Cinta,sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia..dan ceritalah Cinta tentang aku
yang sedang jatuh hati kepadanya.


Bagi peminat novel, kalau anda ingin mencarikan kelainan, bacalah SUU ini. Pasti anda akan berpuas hati.

Friday, December 17, 2010

shopping sekolah

Lebih kurang 2 minggu lagi sekolah akan dibuka. So semalam, disebabkan rengekan anak dara sorang tu kami keluar la untuk membeli uniform sekolahnya. Al-maklumlah anak sorang...jadi aku tak merasa kalut atau terkejar-kejar , last minute pun tak apa. Tapi Nia dah excited sangat nak membeli belah.
Moksu Ecahnya terpaksa try sekali untuk menyakinkan anak sedaranya itu bahawa size itu memang dah padan. Wah apa yang Nia makan ni...12 tahun dan 17 tahun sama size!


 Masa untuk BATA...Eeee...suka sangat sandal lelaki..tak feminin la Nia        


 
                                            Masa begitu pantas berlalu...Nia dah besar...


                                                    Sekali-sekala melayan remaja....

Habis sesi shoping sekolah part1. Untuk part2 pulak adalah shoping alat tulis.


Wednesday, December 15, 2010

Rapunzel

Sesekali menonton wayang seronok jugak. Semenjak Nia dah mula meningkat dewasa ni , ada la dalam setahun sekali dua melayan cerita di wayang ni. Kebanyakan cerita memanglah pilihan anak dara sorang ni. Kami bertiga ni (termasuk moksu Ecah la) mengambil kesempatan apabila en.suami ada urusan kerja di Kuantan, maka setelah selesai urusan kerja tu apa lagi menyerbu la ke EC Mall. Suami sibuk nak melihat filem 3D (hurmm...aku ikut je la). Pada mulanya bercadang nak melihat Narnia, bila tengok jadual Narnia mula 7.35 malam terpaksa la menonton Rapunzel (yelah sampai kat sana pun dan 5.30 ptg).

Aku cuak jugak..Heee..Rapunzel tu aku dah hafal ceritanya, dah berpuluh kali tamat (tu masa belum kahwin). Lepas dapat Nia, berkali-kali la jadi sumber story telling untuk Nia. Tu belum buku ceritanya yang pelbagai versi. Tapi dah itu aje yang sesuai nak buat cam ne.Masuklah jugak, terlintas la dalam hati untuk tidur  dalam panggung tu...haha..

Tetapi sangkaan kumeleset sama sekali. Apabila kami diberi cermin mata 3D tu, rasa cuak mula hilang. Apatahlagi cerita Rapunzel ni memang menyeronokkan. Yelah tak la statik sangat macam dalam buku cerita tu. Ada penambahan-penambahan karekter dan jalan cerita membuatkan ia lebih menarik. Paling kelakar ini lah pertama kali aku menonton filem 3D, hinggakan aku pada mulanya berasa hairan kenapa tiba-tiba macam keluar burung je depan mataku. Haha..rupanya itu la teknik 3D. Kalau Nia lagi la kelakarnya, tangan tak duduk diam, siap dia mengaku cuba nak tangkap burung, lantern, sentuh pipi dan mata Rapunzel. Heee...kesian kami ni memang tak celik 3D.

So..cerita animasi Rapunzel ini memang menyeronokkan. Budak-budak perempuan memang pasti suka, terutama melihat Rapunzel yang begitu comel dengan magic hairnya yang cantik panjang mengurai.





Tuesday, December 14, 2010

Falsafah Hidup

Falsafah Hidup, karya Alayarham Prof.Dr.Hamka ini memang sewajarnya dibaca oleh semua orang. Kandungan buku ini memberi panduan tentang sifat-sifat manusia, ia amat menyeluruh. Mengandungi 9 bab (489 ms).Memang tidak puas dibaca kerana apa yang ditulis memang berlaku di sekeliling kita, malah kita juga sering melakukan kesilapan-kesilapan yang dinyatakan dalam buku ini.

Buku ini mengajar kita akan rahsia-rahsia kehidupan dan tingkah laku manusia dalam pelbagai aspek. Dalam buku ini menjelaskan betapa semua manusia adalah sama darjatnya. Cuma kelebihan seorang daripada seorang yang lain adalah kerana takwa, budi dan kecerdasan akalnya. Bukan kerana pangkat atau kekayaan.

Ok jangan lupa baca ...memang best dan boleh memberi keinsafan.

Monday, December 13, 2010

Ini merupakan salah satu buku dalam koleksiku. Buku yang menceritakan tentang keajaiban-keajaiban sedekah, misteri, rahsia dan keagungan sedekah. Antara manfaat sedekah ialah:- mengundang rezeki, menolak bala, menyembuhkan penyakit dan memanjangkan umur.

Jadi tidak kira siapa pun kita (terutama orang yang millionaire tu ler) bersedekah lah dengan penuh ikhlas dan inysaallah rezeki anda terbentang lebih luas lagi. Ok bagi yang minat membaca, beli la buku ni, tak rugi..sure punya. Ia boleh dijadikan panduan untuk kita semua bagi mengenal erti sedekah yang sebenarnya.

Ok selamat minum petang! Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman (betul ke?hehe)

Sunday, December 12, 2010

Oh yeahhh!!!

Tiba-tiba hari ini aku rasa ingin menulis. Saja nak mencurah rasa..rasa apa ya? Oh..rasa gembira dan syukur sebab result dah dapat. Wah bila dapat je result melalui sms aku automatik melompat-lompat kegembiraan (hehe..sedikit over ok, over secara spontan). Tersengih sahaja mr hubby bila melihat resultku. Opps..pastinya dia ucap tahniah. Tiba-tiba aku rasa berkobar-kobar untuk terus belajar bila melihat result yang bersinar macam bulan purnama tu. Yelahh..dalam cuti ni aku sebenarnya berfikir macam nak tangguh je sebab tahun depan Nia akan menduduki UPSR, ingat nak tumpukan pada dia. Tapi dah dapat result cam berkobar-kobar pulak. Kita serah aje pada Allah..mana yang terbaik.

P/S: abang, jangan lupa belanja tau!

Thursday, December 9, 2010

Lafazkan Kalimah Cintamu

Baru sahaja selesai menghabiskan novel ini. Ini merupakan novel ke-3 Siti Rosmizah (agaknya la). Berebut-rebut ingin membaca novel ni dengan Ecah. Tapi mesti la Kak Long yang menangkan, sebab tukang keluar duit untuk membelinya. Kami membeli novel ini ketika singgah di Wangsa Walk pada 07.12.2010. Hehe siap dengan tarikh lagi al-maklumlah cikgu Sejarah.

Komen tentang novel? Best 100X, tak percaya korang bacalah. Ada peningkatan dalam penulisan Siti Rosmizah ni, dia telah menggarap novel ini dengan baik sekali. Segalanya cukup rasa dalam novel ini. Pada mulanya anda akan menangis, sedih mengenangkan nasib si Qila, kemudian ia berjaya membuatkan anda ketawa dengan kata-kata lucu si Qila dan sahabat baiknya Farhana. So segala rasa lucu, sedih, gembira semuanya ada. Apa yang penting happy ending ok. Aku memang tak suka novel yang sad ending. Dah banyak sangat benda-benda sad dalam hidup ni, so berbaloi la beli novel yang happy untuk happykan diri sendiri. Oh pokok pangkal, dan segala akar memang novel ini berbaloi dibeli dan dimiliki.






Friday, December 3, 2010

Nyanyian Tanjung Sepi

Ingatkan masa cuti begini aku ingin menulis sepuas-puasnya di blog ni. Tapi sangkaanku jauh meleset sebab cuti-cuti begini aku telah menjadi surirumah sepenuh masa. Semestinya kerja rumah tak habis-habis dan akhirnya aku kepenatan dan hilang mood untuk menjenguk ke sini.

Hari ini, aku ingin mencatatkan  tentang novel yang boleh kukatakan  dikhatamkan dengan keadaan 'terpaksa'. Hehe novel ini agak tebal.  Walaupun aku membacanya secara 'melompat-lompat' kerana rasa kurang sabar untuk mengetahui kesudahannya tetapi cerita ini telah menyebabkan aku menangis. Membaca novel ini membuatkan kita melihat dimensi lain tentang makna cinta dan pengorbanan. Menyedarkan kita makna kasih sayang sebenarnya. Tak mahu cerita panjang-panjang bagi yang berminat boleh membacanya sendiri. Memang best.

Sunday, November 21, 2010

Novel punya pasal

Nia and dua orang aunties yang poyo...huhuuu

Cuti-cuti begini, rasa lapang, rasa santai, rasa terlebih-lebih masa la pulak. Jadi, apa lagi aku kembali semula pada minat dan kecintaanku yang satu itu...haha jangan fikir bukan-bukan ok. Baca novel ler!Hihi..balik rumah mak aku ternampak novel kegemaranku yang ditulis oleh Siti Rosmizah. Wah bebudak ni..sesedap rasa je mengambil novel-novel aku, patut ler di rak buku tu macam makin kurang je koleksi aku.

Sedang khusyuk membaca mak tiba-tiba menegurku. "Kalu baca kitab agama banyaknya pahala dapat. Tak habis-habis dengan buku cerita.Khayal je semua tu.Umur dah nak masuk 40 kak long oiiii...".
"haha..mak tak tahu ke, boleh bawa mati tu mak..nanti kita bacakan novel kat kubur dia", amboi sedapnya adik bongsuku jadi nasi tambah. Ala..rileks la lagi 3 tahun ya nak masuk 40. Nak buat cam ne mak sayang dah jadi hobi sejak azali lagi membaca novel ni.

Hari ini sahaja aku telah membeli sebuah lagi novel di kedai buku Men-men Kemaman. Penulis yang telah mencuit hatiku dengan corak penulisannya yang begitu simple, lucu tetapi jitu. Soalnya Hati merupakan karya kedua Nurul Syahida, setelah mengkhatamkan beberapa kali karya pertamanya "Plain Jane". Bayangkan aku tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan novel itu, masa yang diambil hanya sepanjang perjalanan dari Kemaman ke Temerloh. Tetapi akibat tumpuan yang begitu khusuyuk hingga tenggelam dengan watak Zulaikha, aku rasa loya, pening dan nak muntah. Sebab membaca dalam kenderaan yang sedang bergerak. Gilos tahap gaban betul kalu dah dapat novel!.

Jauh di sudut hati aku memang mengaku yang novel ni kadang-kadang sedikit menjadikan kita khayal. Tetapi pada pendapatku tidak la sampai angau sepanjang masa. Hanya ketika membaca kita akan tenggelam dengannya; tersenyum, tersengih, ketawa dan menangis. Namun tidak dapat dinafikan banyak juga pengajaran yang boleh kita kutip.

Apa sekalipun pesanan dari penaja "MEMBACA AMALAN MULIA". Hihi mak mesti tambah, "Tu baca buku-buku agama atau al-QUran". Betul tu mak, jangan risau kak long sentiasa membaca buku-buku agama dan al-Quran (mana boleh tunjuk depan orang, nanti kata riak pulak kan).

Ok la, Ecah dan Bella (korang mesti tak tidur lagi masa ni, sebab korang spesis burung hantu). Jangan lupa tolong mak kemas rumah. Jangan bangun lambat ya bebudak, nanti tak ada orang nak masuk meminang.Wei! sudah-sudah la bersms tu!!!!


Thursday, November 18, 2010

Sahabat


Jarang kita dapat ketemui sahabat sejati. Terlalu sukar sebenarnya. Bagi mendapatkan sahabat sejati ni umpama  mendapatkan mutiara di dasar laut. Setakat sahabat untuk buat lawak bodoh, untuk ketawa memang amat mudah diperoleh. Tapi jarang kita bertemu dengan sahabat yang akan menangis bersama ketika kita dalam keadaan sukar.

Kadang-kadang kita juga bertemu dengan orang yang kita anggap sebagai sahabat, tetapi tiba-tiba dia menikam kita dari belakang. Betapa kecewanya bila wujud situasi sebegini. Kadang-kadang kita begitu beria-ria ingin bersahabat dengan seseorang, tetapi dia buat tidak endah akan kewujudkan kita. Betapa kita rasa begitu kerdil sekali.

Mengenangkan ini, aku pernah mengalami situasi yang amat menyakitkan hati. Betapa kepercayaan , keikhlasan , ketulusan kita disalah erti , disalah anggap. Seorang rakan pernah mengkritikku dengan mengatakan aku masih berdendam. Dendam? adakah mengenangkan perbuatan seorang yang kita percaya yang telah memfitnah kita dianggap sebagai dendam?

Dituduh sebagai pencuri, bukanlah satu perkara yang remeh. Bukan satu perkara yang menyeronokkan. PENCURI merupakan tujuh perkataan yang boleh membunuh kepercayaan orang lain terhadap kita. Perkataan yang boleh menjarakkan atau menghapus terus sebuah hubungan persahabatan. Yang boleh membuatkan orang jijik terhadap kita.

Itu lah yang berlaku. Ia bukanlah dendam. Cuma rasa terkilan yang amat sangat. Rasa sedih dan terluka yang mendalam. Rasa dikhianati!. Bila ditanya, adakah aku memafkan dirinya. Ya, aku memaafkan tetapi perasaan terkilan itu wujud hingga kini. Perkara yang dilakukan itu benar-benar mengaibkan aku. Tidak seharusnya dia berfikiran dangkal hingga melemparkan fitnah pada seorang sahabat yang benar-benar ikhlas terhadap dirinya.

Kadang-kadang sifat kita yang terlalu berterus-terang membuatkan orang sewenang-wenangnya membuat kesimpulan yang salah terhadap diri kita. Pendeknya akal dia!

Tuesday, November 16, 2010

Sebelum lena

Sepatutnya aku kini lena mengulit mimpi, tetapi entah kenapa mataku ini tidak menunjukkan signal-signal untuk beradu. Selepas menonton rancangan separuh akhir muzik-muzik, aku beralih pula membaca novel online di internet nih. Agaknya tenggelam dengan cerita dalam novel itu la kot membuatkan aku merasa segar, walaupun sepatutnya aku perlu tidur kerana perjalanan ke Bangi tadi sememangnya memenatkan. Atau pun mengenangkan esok hari terakhir sekolah, yang membuatkan aku rasa begitu santai. Tidak perlu terkejar-kejar dan terfikir-fikir untuk masuk ke kelas. Pelbagai alasan yang berlegar di kepala ni.

Sepatutnya aku mengemas pakaian kerana esok akan pulang ke rumah mak untuk menyambut Aidiladha di sana. Kain pun hampir setengah katil tidak berlipat. Oh...teruknya..kebelakangan ini, aku mempunyai perasaan ingin 'muntah' tatkala mahu mengemas pakaian. Manakan tidak semenjak belajar Julai lalu, setiap minggu aku perlu mengemas beg-beg pakaian dan sememangnya aku tidak begitu berminat dengan kerja-kerja memasukkan pakaian ke dalam beg. Arghh...sebenarnya aku bukanlah pengemas atau teliti sangat apabila tiba bab memasukkan pakaian ke dalam beg ni.

Mujurnya aku mempunyai suami yang amat kontras dengan diriku. Nak ketawa pun ada bila mengenangkan betapa terkejutnya dia apabila melihat cara aku memasukkan pakaian-pakaian ke dalam beg. Main pakai sumbat je. Hehe dan akhirnya dia mengeluarkan semula segala isi perut dalam beg itu dan menyusunnya dengan baik sekali, malah siap dengan 'list' lagi apa yang perlu dibawa. Ingat lagi, setiap kali aku mahu pulang ke UKM dia lah yang akan mengemas pakaianku. Wah, masa tu aku merasa kagum sekali bercampur hairan la sebab ada juga orang lelaki yang teratur dan tersusun.Huhuuuu...itu cerita 12 tahun dulu ya, masa kami baru berkahwin. Sekarang ni dia dah tak kisah dah jika baju dia tunggang terbalik, yang penting semua pakaian dan barang keperluan ada dalam beg itu. Hehe itu la namanya 'give and take' .

Sebelum lena diulit mimpi, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga segala pengorbanan kita selama ini, kita lakukan dengan ikhlas kerana Allah. Semoga kita tidak rasa jemu untuk melakukan pengorbanan terutama untuk menggembirakan hati insan-insan tersayang di sekeliling kita.

Sunday, November 14, 2010

Selesai

Salam

Alhamdulillah, segala kerja telah selesai, esok akan pergi ke Bangi dan menghantar semuanya. Oh, rasa seronok sangat. Rasa mahu melompat-lompat sahaja. Kepala pun rasa lega dan lapang. Kalau tidak nak tidur pun rasa tak lena asyik dok terkenang-kenang je kerja yang tak siap.

Paling penting satu semester telah selesai, syukur banyak-banyak. Pada mulanya agak kelam-kabut juga mahu menyesuaikan diri. Tapi alhamdulillah dalam keadaan kelam-kabut itu berjaya juga menyelesaikan segalanya.

Cuti sekolah pun akan bermula Rabu nanti berserta dengan Hari Raya Aidiladha. Tentu ramai yang membuat perancangan bagaimana untuk menghabiskan masa cuti nanti.  Mungkin yang mempunyai bajet yang lebih akan membawa keluarga bercuti. Bagi aku pula, tak plan ke mana-mana. Hanania pun dah diberitahu awal-awal, cuti kali ini tak seperti cuti yang dulu-dulu. Dia tak boleh sepanjang masa berada depan tv menonton kartun dan cerita indon. Next year UPSR so Nia perlu menjalani jadual belajar seperti biasa dan mungkin menghadiri tuition.

Pejam celik, pejam celik begitu pantas masa berlalu. Semalam, kelmarin , beberapa jam yang lepas semuanya telah menjadi sejarah. Pantas betul masa berlalu. Jadi hargailah masa yang kita ada.

Wednesday, November 10, 2010

Nafsu

Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sangat kita sukai. Apabila sesuatu itu sangat kita cintai, kita akan menjadi buta lalu kejahatan dilihat baik. Malah, kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai.
(Solusi, Isu 25, 2010)

Monday, November 1, 2010

Tulis apa aja daa...

Salam, tiba-tiba rasa blurr je. Tak tahu apa yang nak ditulis dan dicoret di sini. Mungkin sebab aku terkejut kerana minggu lepas kami ditambah dengan satu lagi assingment. Memang di saat ini,  coursemates aku mesti tengah bengang dan tension, baru nak menarik nafas lega tiba-tiba muncul lagi kerja. Banyak tuh...lapan jurnal luar negara perlu diulas. Membaca jurnal-jurnal pendidikan tu, bukan boleh baca sekali dua..tak faham beb. Bukan macam baca novel Mills n Boon atau romantic novels. Hahah...dua tiga hari ni aku dok berteleku depan google translate. Google translate yang mentranslate entah apa-apa, melihat ayat yang tunggang terbalik membuatkan otak dan mata aku penat.  Rasa nak muntah pun ada ni.Ok la, jumpa lagi ya...setelah selesai segala barulah seronok bercerita. Terima kasih ya pada yang sudi datang ke blog merepek meraban ni. Semoga anda semua diberkati Allah.

Wednesday, October 20, 2010

Sekadar coretan

Kebelakangan ini, aku tidak sempat mencuri masa untuk melakarkan sesuatu di sini.  Dihambat dengan kesibukan di sekolah dan masa untuk belajar, apatah lagi minggu depan sudah mula dengan exam .Kalau ada pun masa yang sebentar hanya menjengah dan mendengar lagu Maher Zain, selebihnya aku seperti kehilangan idea untuk menulis.  Mungkin otak aku dah sarat dan bercabang-cabang, sekejap sekolah, sekejap kelas dan macam-macam lagi la. Apatah lagi waktu tidur pun tidak menentu.Hehe kadang-kadang aku macam berjalan atas angin je..rasa terawang-awang (tak cukup TIDURRRRR).

Apa pun, aku masih sempat melayan slot Akasia di TV3 yang sedang hangat ketika ini. Pada awalnya aku memang tidak mengikuti cerita ini sebab aku kurang berminat dengan pelakonnya itu (heheh tak yah ler mention), namun akhirnya aku tewas sebab bila rakan-rakan memuji jalan cerita drama itu. So aku pun mula layan tapi masa watak itu dah jadi jahat. Okey, memang boleh dipuji akan drama itu dari segi plot, mesej dan lakonan yang begitu mantap.

Cuma aku kurang senang dan tidak setuju dengan babak-babak yang tidak sepatutnya ditunjukkan. Babak yang menunjukkan Chinta sebilik dengan Osman Kabilah.   Belum berkahwin tapi boleh duduk sebilik. Memang benar dalam cerita itu, watak Chinta sebagai pelacur kelas atasan , jadi ia adalah satu kebiasaan. Tetapi penerbit, pengarah perlu juga memikirkan kan khalayak yang menonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan seperti remaja dan kanak-kanak. Babak sebegitu boleh memberikan tanggapan yang negatif terutama kepada remaja yang masih lagi dalam proses mencari identiti diri.  Rasanya jika babak duduk sebilik itu ditiadakan, cerita itu tetap lagi menarik dan boleh difahami dengan jelas mesej yang hendak disampaikan.

p/s : rasa terkedu bila anak tanya " lelaki tukan bukan suami dia, kenapa dia boleh duduk bilik yang sama"
      Hurmmmm..........

Monday, October 4, 2010

Selamat Menjawab PMR


Selamat menduduki PMR. Semoga anda semua dapat menjawab dengan tenang. Bagi yang beragama Islam jangan lupa membaca doa dan selawat sebelum menjawab.  Moga-moga Allah akan menerangkan hati anda semua dan dapat menjawab dengan baik.

Untuk para pelajar saya yang masuk ke blog ini, saya mendoakan yang terbaik untuk kamu semua. Saya halalkan dan restu segala ilmu yang telah saya curahkan sepanjang kita bersama. Juga saya maafkan segala kesalahan kamu dengan seikhlas hati.

Semoga berjaya , lulus dengan cemerlang !

"Terbilang Jaya".

Friday, October 1, 2010

Kenduri Raya

Minggu ni, minggu yang agak sibuk di sekolah. Bila sibuk, maka keletihan yang melampau pun berlaku.  Bermula Ahad lepas lagi kami dah sibuk kerana membuat persiapan untuk jamuan raya bagi seluruh warga sekolah. Jamuan itu diadakan pada hari Isnin 26hb Sept. Seekor lembu tumbang untuk dimasak bagi menjamu para pelajar dan guru serta kakitangan. Terima kasih kepada Normi kerana sedekah lembu (tambah rezeki).

Paling havoc, aku dimasukkan dalam AJK memasak nasi dan daging. Nasib baik ada guru yang pakar memasak untuk kenduri, kalau harap kat aku alamat tak jadi gulai la daging tu. Sesekali buat kenduri atau jamuan besar macam ni seronok jugak. Sekurang-kurangnya aku dah dapat pengaaman macam mana nak masak nasi dalam kawah, macam mana nak masak gulai kawah. Jom layan gambar...

Monday, September 27, 2010

open house dan makan....makan lagi....

wah ada cameraman siap tunggu ambil gambar lagi....

semuanya sedap..bila dan kenyang rasa tak boleh bernafas
 Sekarang ni memang dah jadi trend apabila Syawal ramai yang mengadakan rumah terbuka. Masa aku kecil-kecil dulu jarang sangat la orang nak buat rumah terbuka ni. Tapi sekarang di mana-mana ada je  rumah terbuka. Syukur...dapat makan...tapi ...badan bertambah naik maaa......Apa pun rumah terbuka ini mengeratkan silaturahim..


semuanya menjadi kegemaran


seronok sangat dapat makan, sampai tertutup mata..hahaha


Friday, September 24, 2010

kelas cancel

Nasib baik aku belum memulakan perjalanan ke Bangi. Terkejar-kejar dari sekolah, siapkan itu dan ini sampaikan bahan untuk kelas tambahan Ahad ini pun tak sempat nak sedia. Hand phone pulak tertinggal di rumah. Sampai di rumah kemas dulu apa yang patut, husband dah menunggu bersama beg pakaiannya.

Aku pulak tak sibuk nak tengok hp yang tertinggal di atas dok bercerita dan naik ke atas hanya mengambil pakaian Nia etapi masih lagi tak ke bilik mencari hp tu. Dan at last bila semua dah sedia tunggu nak bergerak ke kereta je..aku lantas mencapai hp yang berada di atas radio.

Ada 4 missed call dan ada 4 message. Tengok missed call dari classmates, dan akhirnya buka message..
"DUA-DUA KELAS CANCEL!!!"

Wah..aku rasa cuak jugak. Berhempas pulas siapkan assingment. Macam lipas kudung aku setiap hari Khamis dan pagi Jumaat. Kenapa la tak inform awal, kan senang. Ni bukan kali pertama tau..rasa bengang jugak. Cancel kelas last minute. Lain la kalau aku dok dekat.

So nak buat apa?Tidur la, apa lagi qada' yang semalam.

Monday, September 20, 2010

Permintaan Mr H

Lama tak update blog ni. So kali ni masih lagi tak sempat nak coret panjang2 sebab assingment yang perlu dihantar Jumaat ni masih belum siap. Raya sakan sangat. Namun atas permintaan Mr H yang terasa hati sebab gambar dia tak ada , so kena la curi masa utk  upload  gambar Mr H ya... Hari tu tak sempat la.. ok....layannnn....

Saturday, September 11, 2010

Dah Raya!

Control ayu!!!barisan mak sedara bersama anak sedara yang sama tinggi...
Dah puas bergambar dalam rumah sesekali bergambar di halam ok juga.
layannnn!!!!
mak, adik-adik dan sebahagian anak saudara



Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kesibukan untuk menyambut lebaran kian terasa terutama bagi kaum ibu yang kini mungkin di peringkat akhir melakukan acara membeli-belah, membersih, mengemas rumah, menyediakan biskut, kek dan sebagainya. Kanak-kanak apatah lagi setiap hari membelek baju dan kasut raya, tidak sabar untuk menunggu ketibaan 1 Syawal.

Namun dalam kita bergembira menyambut Syawal jangan lupa golongan-golongan yang kurang bernasib baik yang mungkin ditimpa musibah dan sebagainya. Tak nak la meleret panjang-panjang sangat sebab banyak kerja menanti di dapur.

Selamat Hari Raya Adililfitri kepada semua yang mungkin sedang membaca blog ini. Bagi yang pulang ke kampung berhati-hati di jalan raya (jangan lupa baca doa naik kenderaan tu). Untuk anak-anak di perantauan harap dapat pulang menjenguk orang tua di kampung. Bagi para ibu pula bersederhanalah ketika berbelanja. Akhir kata maaf zahir dan batin.




Saturday, September 4, 2010

Jangan lupa study


Cuti sekolah telah bermula!


Khusus untuk para pelajar tingkatan tiga dan lima jangan terlalu ghairah bercuti kerana bak kata omputeh "exam is just around the corner". Disebabkan itu juga, sekolah kami hanya bercuti seminggu tidak seperti kebanyakan sekolah yang memanjangkan cuti hampir dua minggu. So 14 Sept, kami akan ke sekolah semula. Mengeluh juga cikgu-cikgu yang jauh tu. Betul jugakan..sekiranya hari Jumaat raya, bermakna Ahad atau Isnin dah kena kembali semula. Nak buat cam ne, seperti kata pengetua dalam mesyuarat lepas.."inilah pengorbanan cikgu".


Kepada para pelajar pula (jika kamu semua tersesat masuk ke sini), tolong ya baca buku, ulangkaji pelajaran, buat latihan banyak (practice make perfect). Jangan ikutkan sangat perasaan malas atau ingin bersuka-suka. Opps..satu lagi yang ada motor tu, jangan bawa motor laju-laju, tak nak la nanti ada yang patah riuk masa nak ambil periksa. Akhir sekali jangan lupa solat dan doa (doa itu senjata orang muslim). Saya doakan semoga kamu semua berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat..amin...




Thursday, September 2, 2010

Baju murah

Seperti tahun-tahun lepas persiapan raya kali ini ala kadar sahaja. Dengan kos barang-barang yang mendadak naik, jadi tidak perlu lah berlebih-lebihan. Apa yang penting baju raya untuk mak dan adik-adik dan tidak lupa buah hatiku Nia telah disediakan. Juga sedikit biskut 'tunjuk RM' ..heheh..biskut beli ler.

Mengenangkan tentang baju raya ni aku hanya tersenyum kecil. Aku pernah diperli kerana hanya memakai baju murah. Bila seorang insan menyindir bahawa bajuku hanya berharga RM80 ringgit sahaja berbanding harga baju isterinya yang mencecah ribuan. Aku tergelak dan membetulkan kenyataannya itu. "Bukan, baju saya bukan RM80. RM80 tu dah mahal untuk saya, baju saya kebanyakan RM50 sahaja, malah kalau boleh saya mahu lebih murah daripada itu" dan akhirnya dia terdiam.

Itu la lumrah hidup!aku dah kalih sebenarnya. Cuma apa yang membuatkan aku jengkel sekali sifat lupa diri orang yang telah dianugerahkan oleh Allah dengan harta dan kekayaan. Tidak terfikirkah oleh mereka bahawa kekayaan, kemewahan dan segala-galanya hanyalah pinjaman, bukan milik kita yang hakiki pun. Kalau Allah ingin tarik dalam sekelip mata segalanya akan hilang. Malah hanya kain putih sahaja yang membalut tubuh kita ke liang lahad kelak.

P/s: aku hanya membeli-belah di Nilai 3 sahaja....



Tuesday, August 31, 2010

Penat lagi!

Kepenatan melanda! Setiap minggu travel ke Bangi membuatkan aku kepenatan. Mujurnya semangat masih lagi kuat. Terima kasih pada hubby dan Nia yang amat memahami. Cadangnya Jumaat ini aku ingin ponteng saja kelas Pengukuran dan Penilaian serta Penyelidikan Sejarah, tetapi suamiku pula yang bersemangat suruh aku pergi jugak. Alasannya dia suka pergi bazar Ramadhan di Bangi, suka beli popia basah dan ayam uncle Bob. Bab membeli makanan dan meronda bazar Ramadhan memang la menjadi kegemarannya. Tidak seperti aku yang hanya membeli apa yang patut dan kemudian akan terus balik.
Semalam sehari suntuk mengemas, mengelap, mevacum bilik Nia dan stor. Baru dua bilik tu, dah ambil masa sehari suntuk. Akibatnya aku dah tak larat nak memasak untuk berbuka. Hehe..tak kisahlah nak kata manja ke hapa ke, dah tak larat tak boleh la nak paksa-paksakan? Aidilfitri tahun ni semua sepakat nak menyambutnya di rumahku di Temerloh. Semua kawan-kawan terkejut, sebab kami bukan orang Temerloh. Tak kisah sebenarnya beraya di mana-mana, apa yang penting kami adik-beradik seramai 9 orang dapat berkumpul. Mungkin Temerloh dekat dengan KL, sebab tu ada yang memilih rumahku tempat berkumpul. Cuma yang ralatnya tidak dapat ke kubur arwah abah dan mak tok pada pagi raya, jika beraya di sini.

Saturday, August 28, 2010

Jangan lupa sejarah


Salam merdeka!


Walaupun sana-sini orang sibuk melakukan persiapan raya, namun jangan lupa 31hb Ogos nanti kita bakal meraikan kemerdekaan ke-53 tahun. Jika dilihat angka 53 itu ia boleh ditamsilkan seperti umur manusia yang telah menjangkau 53 tahun yang sepatutnya telah matang dan mempunyai kedudukan yang kukuh.



Setelah 53 tahun merdeka, isu-isu perpaduan kaum sepatutnya telah lama dapat diatasi. Namun apa yang mendukacitakan generasi kini seperti lupa atau tidak belajar dari sejarah bagaimana kesepakatan antara kaum, kerjasama antara kaum yang membawa kita ke arah usaha-usaha mencapai kemerdekaan.


Seharusnya kita sebagai warganegara Malaysia perlu akur, bahawa negara kita yang disayangi ini merupakan sebuah negara yang unik, yang dimiiliki bersama oleh kaum Melayu, Cina dan India. Pendudukan Inggeris atau British selama 171 tahun (1786-1957) benar-benar telah mengubah landskap negara kita. British telah membawa masuk tenaga kerja dari China dan India hingga menjadikan negara kita sebuah negara berbilang bangsa.



Apabila ada suara-suara sumbang yang mengkritik tentang hak keistimewaan bumiputera dan bermacam lagi permintaan untuk menuntut itu dan ini, ia memberi gambaran bahawa mereka benar-benar lupakan sejarah. Lupakah mereka tentang kontrak sosial?Kontrak sosial yang merujuk kepada penggantian beri-memberi (Perkara 14-18) dengan pemberian kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu danPerkara 153 yang memberi hak keistimewaan kepada kaum bumiputera.



Kenapa ada pihak yang bising atau sibuk dengan hak keistimewaan itu yang sebenarnya semakin lama semakin terhakis, sedangkan bumiputera masih lagi jauh ketinggalan dari semua sektor terutamanya ekonomi. Bersyukurkah anda atas segala apa yang ada?kemewahan, kedamaian dan kebebasan. Jangan terlalu menyentuh sensitiviti kaum kerana kesannya amat bahaya. Sanggupkah kita melalui episod tragis seperti 13 Mei 1969?



P/s : belajar bersyukur dan bersifat sederhana.

Wednesday, August 25, 2010

7 Kemungkinan

Info ini diperoleh dari majalah Al-Islam. Harap-harap anda semua bukan termasuk dalam kategori bakhil atau Haji Bakhil (macam dalam filem P.Ramlee tu..)

Saidina Abu Bakar r.a. berkata yang bermaksud, orang-orang yang terlalu bakhil tidak akan terlepas salah satu dari tujuk kemungkinan ini.

1. Allah s.w.t memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.

2. Allah s.w.t akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian,banjir dan sebagainya.

3. Setelah dia meninggal kelak, hartanya akan diwarisi oleh mereka yang mempergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran.

4. Allah s.w.t akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga dia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya.

5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat lalu dia sendiri terlupa sehingga dia tidak boleh menemuinya lagi.

6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan satu bangunan di atas tanah yang rosak mengakibatkan hartanya sendiri musnah.

7. Allah s.w.t meninggikan syahwatnya sehingga dia sendiri akan memusnahkan hartanya.


p/s : renung-renungkan lah.....

Tuesday, August 24, 2010

Antara Harta dan Ilmu

Sebuah kisah menceritakan tentang perdebatan yang berlaku di kaangan ahli-ahli Basrah. Salah seorang daripadanya berkata, ilmu lebih baik dari harta. Manakala sebahagian pula berhujah bahawa harta itu lebih penting dan baik dari ilmu.

Bagi mendapatkan kepastian, mereka telah mengutus seorang daripada ahli Basrah untuk bertemu dengan Ibnu Abbas. Setelah diceritakan kepada Ibnu Abbas berkaitan perdebatan itu, maka jawab Ibnu Abbas, ilmu itu lebih baik daripada harta. Katanya lagi "Katakan kepada mereka bahawa ilmu itu warisan nabi-nabi dan harta itu warisan Firaun. Ilmu itu menjaga kamu dan harta itu kamu yang menjaganya. Ilmu tidak kurang jika dinafkahkan tetapi harta akan berkurang jika dinafkahkan. Orang yang berharta tidak lagi dikenang selepas kematiannya dan orang yang berilmu terus dikenang selepas kemaiannya".

(Dipetik dari Al-Islam , 2009)

Baru je nak rehat

Baru je nak release2 tension sikit, ingat seminggu ni malas nak mengadap buku. Rancangnya nak cari resepi2 biskut di internet. Tiba-tiba dapat sms "tugasan dr.razak :buat ulasan jurnal mengenai pendidikan sejarah, khamis malam bentang". Terpaksalah mencari jurnal yang sesuai pulak, dari semalam mencari dan membaca masih tidak berjumpa. Wah rasa tenat betul ...tiap2 minggu asyik ada pembentangan aje. Hadap je la.......

P/s: rindu nak tidur awal...............

Saturday, August 21, 2010

Lega!

Selesai presentation Jumaat kelmarin, aku akhirnya dapat menarik nafas lega. Tajuk aku dah approve. Selesai berbuka Jumaat malam tu , aku terus tidur. Ida yang rancang nak datang membawa Akif ke rumah tamu tempat aku menginap tak jadi datang sebab aku memang dah tak larat memang penat tahap gaban. Hampir dua minggu aku memerah otak. Bila 1st tajuk aku kena reject, aku rasa tension sangat. Tension bukan apa..tension sebab terpaksa mencari bahan lain semula. Tapi itu la pengalaman. Pengalaman itu mengajar kita erti ketabahan dan meningkatkan ketahanan mental.

So sebelum raya ada satu lagi kelas. Lepas tu 24/9 baru la ada kelas semula. Oh, seronoknya!dapat la buat biskut raya dengan Nia. Buat cornflakes madu je. Itu la biskut yang paling mudah dan menjadi kesukaan. Ok, selamat membuat biskut raya bagi kaum ibu. Bagi kaum bapa tolong-tolong la isteri and di dapur.

Tuesday, August 17, 2010

Sibuk

Banyak benda sebenarnya yang ingin aku coretkan di sini. Tapi banyak benda juga yang terpaksa di selesaikan. Terpaksa stop dulu, mungkin setelah assingment dan presentation selesai baru lah seronok nak berceloteh. Semoga anda semua diberkati Allah dan kebahagiaan milik anda semua.

Monday, August 9, 2010

Sakan Makan

Balik dari Bangi hari Sabtu, Ahadnya pula kami ke kebun Zul di Panching. Tak mahu menghampakan Zul yang bersungguh mengajak kami ke kebunnya. Aku pun teruja juga sebab belum pernah pergi ke kebun (tak percaya?betul la....)





Berpeluh-peluh Zul memanjat pokok rambutan untuk kami. Selain daripada rambutan terdapat juga manggis , pulasan dan yang lain tu masih belum berbuah. Durian pulak tak menjadi. Selain itu, Zul ada juga menternak kambing. Kambing Sanen. Huhuu..bravo Zul, teruskan usaha menjadi petani moden.




Selepas puas mengunyah rambutan di kebunnya. Zul mengajak kami ke rumah mertuanya di kawasan yang sama juga. Di situ kami mengutip buah duku (atau mungkin juga langsat ). Terima kasih kepada mak mertua Zul yang menjamu kami dengan laksa asam. Terima kasih kepada Zul dan keluarga kerana menjemput dan melayan kami.
Bergerak dari rumah Zul dah pukul 12.30. Demi memenuhi janji cik kak ni, aku dengan paksa rela ke ECMall (ikutkan hati nak terus balik je). Di situ cik kak sorang ni nak makan chicken chop pulak. Ikut je la.



Selepas ECMall, hubby tiba-tiba kata nak makan ikan celup tepung pula. Heee..pelik betul tak kenyang ke?Malas la nak bertaki, so ikut la juga. Tapi bila dah tengok ikan, sotong, sata dan segala mak nenek tu, perut kenyang rasa lapar la balik.
Ini dia gerai faveret kami. Sebelah balai polis Peramu tu ya. Kenyang betul!.Lepas itu kami bergerak ke Berjaya Permai mengambil baju kurung yang ditempah (walaupun duduk Temerloh , baju masih ditempah di tukang jahit yang sama). Rindu betul bila lalu depan rumah kami (bila la boleh balik semula ke Berjaya Permai ni).Singgah di rumah Kak Dah, makan lagi. Kak Dah hidangkan pengat pisang dan pulut.6.30 ptg bertolak balik ke Temerloh.

Oh dah dekat pukul 12 malam, kena stop, perjuangan untuk menyiapkan assingment masih belum selesai.

SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA. BERPUASALAH DALAM ERTI KATA YANG SEBENAR.







Saturday, August 7, 2010

Mana tapak kasut


Kes pelajar kurang ajar dengan guru bukanlah fenomena baru. Setelah kerajaan tidak membenarkan rotan di sekolah, masalah disiplin pelajar semakin membimbangkan. Ini pandangan peribadi aku ler. Setakat menggunakan pendekatan merit dan dimerit pelajar sebenarnya tidak hairan. Apatah lagi dewasa ini ibu-bapa banyak menyalahkan guru jika ada dalam kalangan anak-anak mereka dikenakan tindakan disiplin.


Satu peristiwa yang berlaku : seorang ibu datang ke sekolah setelah dipanggil pihak sekolah kerana masalah disiplin anaknya. Antara kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut ialah mengotorkan dinding dengan menggunakan kasutnya. Tahu apa yang dikatakan oleh ibu pelajar itu ???? Hahhaha......

"Saya nak cikgu tunjukkan mana satu tapak kasut anak saya kat dinding tu". Itulah lebih kurang ayat si ibu yang begitu menyayangi anaknya. So..camne tu kan?


Pening sebenarnya kepala menjadi guru zaman sekarang ni. Marah tak boleh, rotan tak boleh, ajar susah, tak ajar lagi susah. Sering kita dengar , cikgu-cikgu kena kaji latar belakang pelajar, kena fahami pelajar, kena tengok keadaan keluarga pelajar macam mana, semuanya pelajar. Tapi boleh tak untuk 20% kalau tak boleh 50% fahami jugak cikgu. Pertama cikgu bukan robot, cikgu bukan kuli , cikgu pun ada keluarga, cikgu pun ada masalah dan cikgu pun ada hati dan perasaan, dan terakhir cikgu pun tahu PENAT!
p/s : baru perasan asyik citer pasal sekolah je...


Wednesday, August 4, 2010

Ibu bapa


Mesyuarat guru pagi ni, pengetua menyampaikan beberapa perkara, antaranya guru perlu mengingati semua nama pelajar. Pada peringkat awal mengajar dulu, memang mudah untuk mengingati semua nama pelajar. Tapi bila masuk 30an ni macam kureng sikit nak mengingat tu. Walaubagaimana pun saranan itu bagus, namun pelajar juga perlulah memainkan peranan juga. Takkan cikgu mampu mengingati semua nama pelajar. Kalau dalam kelas 40 dan ada 3 kelas yang diajar, 120 semua tu..banyak tuu. Jadi pelajar perlulah memakai tag nama. Kebanyakan pelajar jarang memakai name tag tu. Jadi itu juga penyumbang guru sukar mengingati nama pelajar.


Guru ni sebenarnya lebih kurang pegawai kebajikan masyarakat juga. Sebagai guru kami dinasihati agar menyelidiki dulu latar belakang pelajar-pelajar yang sering menimbulkan masalah. Jangan terus menjatuhkan hukuman. Menurut pengetua dia telah berjumpa dengan pelajar-pelajar bermasalah ini dan mereka tidak reti bersolat. Malah disuruh membaca niat sembahyang fardhu pun tak tahu. Jadi kekurangan agama menyebabkan hati mereka ini keras, sukar menurut nasihat. Kami disarankan melihat perkara itu, maksudnya selidik pelajar ni kenapa dia bermasalah dan sebagainya. Hermmm...memang betul apa yang dikatakan itu. Tapi pelajar-pelajar ini berada di sekolah hanya 7 jam sahaja, selebihnya lagi di rumah. Ibu-bapa memainkan peranan yang amat penting. Kebanyakan ibu-bapa kini suka menyerahkan bulat-bulat tanggung jawab mendidik anak-anak kepada sekolah.


Penting dinyatakan di sini, seorang guru perlu mengawal berpuluh pelajar dalam satu masa. Kekangan masa, kerja menyebabkan kadang-kala guru terlepas pandang keadaan pelajar-pelajar yang memerlukan perhatian. Berbalik pada bab solat tadi. Penerapan ilmu agama terutama dalam hal-hal solat ia sebenarnya perlu bermula dari rumah. Semenjak sekolah rendah lagi telah diajar asas-asas solat dan rukun-rukun Islam dan Iman. Malah program Kem Bestari Solat selalu diadakan untuk memastikan pelajar-pelajar boleh mendirikan solat. Jadi tugas ibu bapa pula memasti dan memantau anak-anak untuk mempraktikkan solat itu. Di sekolah kami hanya mampun mengarahkan mereka untuk bersolat Zohor, manakala selebihnya adalah tugas ibu bapa, sebab pada ketika itu pelajar-pelajar sepatutnya berada di rumah bersama keluarga.



P/s: ada pelajar kata"mak dan ayah saya pun tak solat" . Hah, camne tu?sendiri jawab la ya.jangan salahkan sekolah aje.

Monday, August 2, 2010

cukai

Setiap bulan 7 gaji aku akan naik sebanyak 90 ringgit lebih ( u all bahagi ler, 90 ringgit tu dengan 12 bulan, berapa je kenaikan sebulan...ciput sangatkan?).Tak kisahlah tu, syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Tetapi yang buat aku bengang dan sakit hati ni ialah pasal cukai ni (faham-faham sendirila badan mana yg aku maksudkan).Sejak awal tahun 2010 kami semua kecoh apabila gaji kami telah dipotong untuk cukai. Ada yang dipotong 10 , 20 dan hinggalah 100 ringgit dan ada yang lebih dari itu. Tidak terkecualilah aku, yang terpaksa dipotong sebanyak 8 ringgit. Wah, aku memang marah la sangat, sebab setiap tahun aku dah la kena cukai, lepas tu setiap bulan potong lagi. Wah..wah..sesedap rasa je.
Minggu lepas bila dapat slip gaji aku terkejut tahap cicakman bila tengok ada kenaikan potongan untuk cukai tu. Wah..wah..dari 8 ringgit naik pangkat jadi 14.45 sen. Habis apa maknanya yang aku dok bayar cukai hari itu. Ingatkan bila dah buat pengiraan lepas tu tak kena potong, ni alih-alih sama je. Tenat betul macam ni, dah la harga barang semua naik, ibaratnya dari hujung rambut hinggalah hujung kuku. Bila kami komplen , mereka jawab kami lagi banyak kena bayar. Hello! u all gaji berapa?kami ni dah kerja berbelas tahun gaji pokok tak sampai pun 3 ribu. Jadi walaupun seringgit aku amat berkira, nak-nak dalam keadaan serba-serbi mahal ni.
Jadi tak ada maknanya gaji aku naik bulan ni. Pi mai pi mai tang tu je. Tu hah sampai bila la gaji kami nak kena potong?
p/s :dah berkira-kira dan berfikir-fikir...memang menyampah!

satu permulaan

Baru dapat menarik nafas lega dan kepala pun sedikit ringan. Setelah selesai presentation group dan tajuk untuk assingment individu pun dah dapat. Semalam seharian aku tidur dan lepak. Walaupun belum selesai ia hanyalah permulaan tetapi sekurang-kurangnya aku tak tension seperti minggu lepas, berhempas pulas menelaah buku, jurnal dan sebagainya untuk mendapatkan tajuk.
Mula-mula kalut juga mengenangkan group presentation tu. Yelah masing-masing jauh aku di Pahang, sorang lagi di Kuala Selangor dan sorang lagi full time di UKM. Mujur juga ada yahoo messenger. Malam-malam kami semua dah terpacak depan ym dan buat conference di situ. Kalu asyik nak call, huhuu kopak la aku, bukannya sekejap nak berbincang. So berfaedah betul ym tu untuk kami ni.

Setelah 12 tahun aku menjejakkan kaki semula ke Tun Sri Lanang. Pada mula aku agak kekok, sebab banyak perubahan berlaku dari segi sistem. Selamba je la bertanya adik-adik di situ bagaimana nak mendapatkan maklumat buku, meminjam dan sebagainya. Wah makin senang rupanya nak pinjam buku tak payah beratur-atur di kaunter, cukup ada no pin dan kita boleh uruskan pinjaman itu sendiri,masukkan bawah mesin scan aje.

Saturday, July 24, 2010

Beku

Otakku macam rasa beku je. Badan rasa terlalu penat. Sendi-sendi macam nak tercabut. Mata pun hampir terkatup. Dok mengadap lap top mencari bahan untuk assingment. Satu hapa pun lagi aku tak dapat. Agaknya kena makan jus kismis banyak-banyak kot, agar otak jadi cerdas ..haha...ni la jadinya bila dah tua-tua nak belajar. Penatnya! tapi tak boleh mengeluh depan hubby sebab ini pilihanku. Esok la sambung mencari dan membaca..aku rasa dah kena stop mengadap skrin lap top.Ok kepada semua yang tersesat ke sini membaca post aku ni terima kasih banyak-banyak. Selamat malam semua, jangan lupa baca doa sebelum tidur, mimpi yang indah.

Thursday, July 22, 2010

salah saya


Semalam post mortem UP2. Aku merasa agak risau melihat keputusan kelas 3IK. Ingatkan hanya subjek Sejarah mereka bermasalah, malah subjek lain pun sama. 3IH kelas ketiga keputusannya jauh lebih baik dari 3IK yang merupakan kelas kedua.


Bila post mortem peperiksaan, guru-guru semua pening kepala. Terutama jika subjek mereka didapati merosot keputusannya. Semasa memberikan sebab atau penyebab kegagalan, kami tidak dibenarkan memberi alasan pelajar. Tidak boleh sama sekali memberi alasan pelajar tidak mengulangkaji, pelajar tidak berminat , pelajar tidak bersedia. Jadi semuanya salah guru. Guru tidak sempat membuat ulangkaji, guru tidak memberi latihan yang secukupnya, kaedah pengajaran guru kurang berkesan , malah ada yang pasrah terus je beritahu "salah saya sebab tak pandai mengajar".Huhuuuuu, wakakakaaaaaa......dunia sudah terbalik.


Pelikkan dunia sekarang, budak yang nak ambik periksa, tapi kalau keputusan budak teruk cikgu yang kena menjawab, sedangkan memang sah budak ni tak membaca dan mengulangkaji.Jadi di sini mana peranan ibu bapa? Cikgu kena ikut budak balik rumah sekali agaknya , ataupun guna teropong ajaib lihat apa benda la budak-budak ni buat di rumah.


p/s bosan tahap gaban!!!!

Tuesday, July 20, 2010

Hari Pelaporan

Jumaat 16hb Julai 2010.

Hari pelaporan kali ini agak berbeza kerana pada pandangan peribadiku ada sambutan daripada ibu bapa. Ada beberapa perubahan yang menyebabkan berlakunya sambutan tersebut. Pertama ia diadakan pada hari Jumaat dan ibu bapa boleh membawa anak-anak pulang setelah bertemu dengan guru untuk melihat keputusan peperiksaan dan rekod laporan akademik pelajar. Malah pelajar juga diberi amaran supaya memastikan ibu bapa atau penjaga hadir jika tidak tindakan disiplin akan diambil. Maka kehadiran penjaga memang menggalakkan.

Hari pelaporan ini penting kerana di sinilah ibu bapa atau penjaga boleh mengenalpasti watak sebenar anak-anak mereka ketika di sekolah. Kadang-kala pelajar mempunyai dua watak yang berbeza ketika di rumah dan di sekolah. Ibu bapa sebenarnya perlu mengambil berat dan mengambil tahu tingkah laku anak-anak sewaktu mereka di sekolah. Jadi perlu wujud hubungan yang baik antara guru dengan pihak ibu bapa. Maka hari pelaporan merupakan satu cara yang dapat menjalinkan kerja sama antara guru dan ibu bapa.

Monday, July 19, 2010

Penat

Aku kepenatan sebenarnya. Sudah dua kali Jumaat ke Bangi. Kepenatan itu mula terasa. Tiba-tiba jauh di sudut hati mampukah aku melalui semua ini. Kerja dan belajar. Bahang-bahang kesibukan mula dirasakan dengan assingment yang perlu diselesaikan. Deretan bahan bacaan yang perlu dibaca. Risaunya!

Friday, July 16, 2010

Kembali semula

Hari ini sepatutnya aku memandu terus sehingga ke Bangi, namun masuk sahaja ke jalan Ampang yang agak sibuk aku menjadi gabra. Hampir berlaku accident sebenarnya kerana tindakan aku yang membrek kereta secara mengejut disebabkan sebuah kereta ingin menyelit di hadapan. Oh lepas itu apalagi, suami yang berada di sebelah terus memberi syarahan. Aku sendiri tertekan dan terkejut. Maka perjalanan ke Bangi akhirnya disambung oleh suami. Melihat kereta yang bertali arus keyakinanku mula tergugat. Boleh ke aku memandu sendirian?
Tawakkal je lah...

Thursday, July 15, 2010

Sabar

Alhamdulillah, lega rasanya. Segala kerja kursus pelajar tingkatan 3 telah siap disemak. Borang-borang berkaitan pun semua telah siap diisi dan dikemaskini. Begitu juga dengan soalan percubaan peringkat sekolah pun telah siap dan dihantar untuk riso. Silibus Sejarah untuk 3IK dan 3HK pun telah diselesaikan. Tinggal lagi 3IAA yang masih lagi ada satu bab.
Tahun ini sebenarnya amat lambat aku menyelesaikan silibus tersebut berbanding tahun-tahun sebelum ini , bulan Mei semuanya telah diselesaikan. Berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun memang banyak benda yang perlu dilakukan. Keputusan dari segi kualiti dan kuantiti jatuh berbanding tahun lepas. Calon tingkatan 3 pada tahun ini amat mencabar kesabaran. Entahlah hendak mengeluh banyak-banyak pun susah. Bila guru mengeluh semua akan kata itulah tugas guru mengajar, mendidik, guru kena sabar dan sebagainya. Sabar itulah yang selalu diulang dalam hati. Kalau tak sabar rasanya .....eeee....tuhan je yang tahu.

Monday, July 12, 2010

FB

Seminggu dua ni kecoh tentang para pelajar yang mengutuk beberapa orang guru di facebook. Hinggakan pengetua terpaksa menyentuh hal tersebut dalam perhimpunan. Minggu lepas guru kaunselor ada berjumpa dengan aku bertanyakan bagaimana untuk menutup akaun fb dia. Ini ekoran dari sikap segelintir pelajar yang tidak bijak, melepaskan kemarahan di halaman sosial itu. Jadi dia bimbang sekiranya dia pula akan menjadi mangsa.

Kadang-kadang aku tak faham betul budak-budak ni. Tak tahu batas, rasa hormat dan takut kepada guru. Kalau tidak puas hati bukan itu caranya. Itu adalah cara orang yang penakut.

Sewaktu bertemu dengan pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti menulis kutukan-kutukan itu aku sempat berpesan " kalau tak pandai ber fb jangan nak berfb, cikgu-cikgu lebih pandai dari kamu, sekarang siapa yang susah".Hehe..bengang je muka budak-budak tu.

Mereka sebenarnya masih mentah tentang konsep sebenar facebook itu. Main pakai hentam keromo sahaja. Apa yang ditulis tanpa disedari dapat dibaca oleh semua rakan yang lain. Dalam ramai-ramai ada la tukang bercerita dan melapor , maka tersebarlah satu sekolah.

Ini pesanan seorang cikgu untuk pelajar di luar sana. Facebook bukan saluran yang tepat untuk anda melepaskan kemarahan tidak kira lah terhadap guru atau sesiapa sahaja. Gunalah bahasa yang sopan kerana di sekolah anda langsung tidak diajar untuk mengutuk, mengeji dan menghina orang lain. Seboleh mungkin anda tidak digalakkan untuk menggunakan fb itu, kerana ia amat melalaikan ,melainkan anda menggunakannya untuk sesuatu yang wajar.

P/S: nasib baik cikgu seorang ini tidak dikutuk.

Friday, July 9, 2010

Menanda

Hari ini dari pagi hingga la ke pukul 12 aku 'tersadai' di PKG menyiapkan iq-pss. Mengikut perkiraan hanya sekejap sahaja di sana, hanya mengambil dokumen yang perlu disahkan oleh Pengetua. Namun apabila sampai ke sana lain pulak ceritanya. Bila mendapat tahu markah PSS sekolah hanya 2 bintang sahaja, aku menggelupur. Manakan tak tahun sebelum ini kami mendapat 4 bintang, tiba-tiba tahun ni merudum 2 bintang. Hish, terpana lak pengetua nanti. Maka tersadai la aku dengan kak Zurila membaiki markah kami apa yang patut. Nasib baik si Ju baik hati melayan akak-akak yang kepoh ini.

Pulang semula ke sekolah dah hampir pukul 1 ptg, janji dengan Zu (kp sejarah) nak menyelesaikan tentang debriefing untuk minggu depan pukul 12 ni dah lambat satu jam. Sampai sahaja tengok si Zu dan Kak Yah tekun di hadapan lap top menyiapkan debriefing tu, macam bengang je muka Zu. Maaf la Zu, aku telefon kau tak angkat.

Bila lihat Zu tak memberi respon , aku pun masuk ke libarary siapkan buku rekod mengajar dan bila dah siap nak hantar ke ofis, suasana amat sunyi. Heheh rupanya semua dah balik. Di parking kereta hanya ada dua kereta, kereta aku dan Izan.

Melihat kerja kursus pelajar 3 Hamka masih lagi yang tidak bertanda, maka aku mencelikkan juga mata ini menanda semua kerja kursus itu. Hinggalah kepala aku berdenyut-denyut, macam nak pecah. So berhenti sekejap mengadap folio-folio pelajar itu sebelum aku rasa nak muntah.
Maka aku mengadap pulak blog ni. Macam bosan je kan? Segala-galanya perlu diselesaikan sebelum kelas bermula next week.

Monday, July 5, 2010

Masalah Rambut Gugur?


Sesiapa yang mempunyai masalah-masalah berikut atas kepalanya seperti:

- keguguran rambut

- kelemumur

- kulit kepala gatal

- beruban dan teringin nak rambutnya jadi hitam


Jadi aku suggest syampu bsy black noni ni. Syampu ni sebenarnya bertindak sebagai suplemen kepada akar rambut dan boleh menggalakkan penumbuhan rambut baru. Namun begitu tatacara penggunaannya sedikit cerewet la, tapi itu semua tak jadi hal sebab yang penting masalah atas kepala tu hilangkan..


Cara-cara memakainya begini:

1. Basuh rambut anda yang berminyak tu, kemudian lap sehingga lembap.

2.Pakai sarung tangan plastik (aku tak pakai pun sarung tangan tu cuma pakai plastik je).

3. Masukkan syampu tersebut dlm mangkuk (mangkuk yg korang dah tak nak guna jangan guna mangkuk vantage lak)

4. Lepas tu, ambil la syampu tu dan gosokkan kepada kepala secara menyeluruh hingga sampai ke kulit kepala.

5. Biar sehingga 7-10 minit barulah dibilas dengan air.


Peringatan:

Kalau syampu tu terkena kulit cepat-cepat basuhkan dengan air atau lap segera. Ini disebabkan syampu ini meninggalkan kesan berwarna hitam, tapi jangan risau tak bahaya. Cuma kalau kena muka korang nampak tak cantik je la. Sebab tu la korang kena pakai sarung tangan, nanti habis kuku2 dan jari-jemari korang jadi hitam.

Dari segi bau pula sedikit tidak menyelerakan la, tapi no hal la gerenti beres punya yang penting rambut hitam, berkilau dan tiada kelemumur.


Info Black Noni
Noni ni orang barat bagi nama, orang Melayu panggil buah mengkudu je. So jangan risau syampu ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan iaitu buah mengkudu. Tak tahu buah mengkudu? Surf dalam internet sendiri ya, kalau tidak pun tanya makcik-makcik di kampung.
Berminat ke? Rasa-rasa berminat boleh email di sini ya dora_moon01@yahoo.com
Ok selamat mencantikkan rambut!

Sunday, July 4, 2010

Buku: Insaf


Buku ini diperkenalkan oleh Ruby. Betapa dia memuji tentang isi kandungan buku ini yang pada pendapatnya mendatangkan keinsafan. Kebetulan semalam (3.6.10) aku ke rumahnya kerana ingin mengikutinya ke Jengka bersama kak Yah dan Zu. Jadi sempatlah aku membelek dan membaca sepintas lalu buku yang dimaksudkan oleh Ruby itu. Yup memang bagus! Sebuah buku yang menceritakan pengalaman sebenar yang memberi banyak pengajaran dan keinsafan. So hari ini aku ke Pekan Sehari bersama suami dan ketika melalui gerai menjual suratkhabar dan majalah terpandang buku ini yang hanya tinggal satu sahaja. Tanpa berfikir panjang aku terus membelinya walaupun kulit buku itu dah terlipat, tak kisahlah tu. Harganya cuma RM9.90. Buku ini tidak puas dibaca, rasa insaf menyelinap tatkala membaca pengalaman-pengalaman ngeri dan mendebarkan. Buku ini amat sesuai dijadikan koleksi dan dihadiahkan kepada anak-anak remaja atau rakan-rakan. So selamat membeli dan membaca.

Sunday, June 20, 2010

Happy Birthday Nia



Nia dah 11 tahun , sungguh cepat masa berlalu begitu pantas! Siang tadi ketika mengemas aku terjumpa kad pemeriksaan kesihatan ketika aku mengandungkan Nia. Melihat kad pemeriksaan itu aku teringat bahawa aku hampir kehilangan Nia.

Aku sebenarnya tidak sedar bahawa aku mengandung. Mungkin kami sibuk, ketika itu aku menyambung diploma pendidikan dan terpaksa berulang-alik menaiki bas setiap hujung minggu ke Kuantan.

Cuma apabila melihat suamiku yang merasa loya dan pening-pening , hatiku mula berdetik bahawa mungkin aku sebenarnya mengandung. Pelik dan ajaib, aku langsung tidak mengalami alahan seperti pening, muntah , loya dan sebagainya. Mengidam untuk makan itu ini pun tidak. Tetapi semua tanda-tanda mengandung itu berlaku pada suamiku. Paling kelakar dia sibuk nak makan asam sebab nak hilangkan peningnya.

Jadi perkara pertama yang dilakukan ialah membeli urine test. Sah memang aku mengandung. Kami amat gembira, masa itu tak sibuk-sibuk lagi nak berjumpa dengan doktor untuk mengesahkannya. Mungkin disebabkan aku tidak seperti orang lain yang merasa penat atau loya jadi aku kadang-kadang terlupa bahawa aku mengandung .

Sampailah pada satu pagi, aku membuka peti ais dan melihat epal hijau. Entah kenapa pagi-pagi buta itu aku teringin makan epal hijau itu. Setelah makan tak sampai separuh, tiba-tiba aku merasa satu ketulan keluar dan perutku merasa senak. Aku lantas ke tandas dan begitu panik apabila melihat darah keluar. Tuhan sahaja yang tahu perasaanku ketika itu. Gugur! itulah benda pertama yang ada dalam fikiranku.

Kami ke salah sebuah klinik swasta yang agak terkenal pada ketika itu. Waktu itu masih pagi mungkin dalam pukul 9 pagi. Seorang doktor perempuan yang kelihatan begitu serius. Tiada senyuman dilemparkan. Soalan pertama yang ditanya ialah tarikh pernikahan aku!Hah aku pandang doktor tu dengan satu pandangan yang hairan sambil menjawab tarikh pernikahan aku. Sepatutnya dia tanya tarikh akhir period aku (itulah yang ada dalam kepala aku). Masa tu aku dah bernikah 6 bulan.

Cara dia bertanya dan memandang kami, itulah yang membuatkan aku bengang. Macam aku ni budak-budak bohsia pulak. Lepas berpuashati dengan tempoh pernikahan kami barulah dia sibuk memeriksa masalah yang sepatutnya didahulukan atau ditanya. Perut aku discan. Kalau dengar cara dia bercakap memang sepatutnya dia tak boleh jadi doktor. "janin awak ni tak elok, tak seperti janin yang berusia 10minggu, mungkin awak perlu buat D &C". itulah ayat-ayat doktor serius dan tak mesra alam tu, akan aku ingat sampai mati.

Aku dan suami dilemma sebenarnya. Kena buat D & C (dilation and curretage), maksudnya gugurkan kandungan (itu la dalam kepala aku). Entah kenapa walaupun masih lagi berlaku pendarahan tetapi tidak sebanyak kali pertama dahulu, aku begitu berat hati untuk mengikuti nasihat doktor itu. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk ke hospital kerajaan sahaja. Aku mengambil masa semingu dua juga rasanya sebelum ke hospital kerajaan itu.

Dengan perasaan yang berdebar-debar aku ke hospital itu ditemani suami. Berjumpa dengan seorang doktor lelaki India. Setelah menceritakan peristiwa pendarahan yang berlaku dan cadangan doktor klinik tentang D & C itu, perut aku sekali lagi discan. Kuasa Allah! doktor itu menunjukkan janin yang sedang bergerak aktif, begitu aktif (berbeza keadaan ketika di klinik dahulu) "tengok ,baby u sihat dan aktif, macam mana pulak doktor tu suruh buat D & C", ucap doktor India itu. Betapa pada ketika itu aku amat bersyukur dan mujurlah kami tidak mengikut nasihat doktor yang pertama tadi.

Namun begitu atas nasihat doktor aku perlu berhati-hati dengan kandungan aku ini sebab jika pendarahan berulang ia akan menjadi bahaya. Aku tidak boleh terlalu aktif, aktiviti-aktiviti dalam subjek pendidikan jasmani aku perlu elakkan dan termasuklah aktiviti lain yang perlu direhatkan selama 3 bulan supaya kandungan aku benar-benar kuat.

Dan sekarang itulah Nia, yang hampir hilang tetapi Allah maha pengasih dan penyayang. Ilmu manusia tidak sehebat ilmu Allah. Apa yang ada dalam fikiran manusia, tidak boleh menyamai apa yang telah Allah tentukan.


Untuk Nia...Selamat Harijadi yang ke -11

Doa mama agar Nia menjadi anak yang solehah, mempunyai akhlak yang terpuji,sihat, selamat dan bahagia di dunia dan akhirat. Juga doa mama agar Nia dikelilingi oleh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga Nia menjadi yang terbaik. Mama sayang Nia .....